Jumaat, 7 Februari 2014

#PRKKajang TONY PUA MENGAKU PAKATAN TERDESAK !!!

Dalam forum 'Serampang Kajang' yang diadakan di Kuala Lumpur baru baru ini jelas membuktikan bahawa Pakatan kini sudah amat terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Kajang yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim sebagai calon.


Ini diakui sendiri oleh Tony Pua, ahli parlimen Petaling Jaya Selatan dalam forum tersebut dimana beliau mengatakan sekiranya PR kalah di Kajang maka politik Anwar serta pakatan akan berkubur.

Beliau juga mengatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan menggunakan segala kekuatan bagi memastikan kekalahan Anwar di Kajang.

Kenyataan Tony telah mendapat bangkangan daripada Ambiga yang juga merupakan panel dalam forum tersebut dan beliau mengatakan bahawa PR seharusnya lebih kuat kerana bukan Anwar seorang sahaja pemimpin di peringkat nasional.

Kenyataan Ambiga ni pula Sangkakala lihat seperti menidakkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memerintah negara, ini kerana, selama ini pakatan beriya iya mengatakan bahawa Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memerintah.

Dan kalau kenyataan Ambiga pada masa sekarang mengatakan bahawa bukan Anwar seorang sahaja pemimpin PR pringkat nasional, ini bermakna orang lain juga layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Siapa pula yang diintai oleh pengerusi bersama BERSIH ni untuk dijadikan calon sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Adakah ianya terdiri dari orang bukan Melayu sepertimana yangvtelah ditetapkan dalam perlembagaan?

Seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu perlu mengambil berat tentang perkara ini dimana, jika pakatan memerintah, mereka ada hak untuk menukar perlembagaan negara dengan membolehkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri dan perkara ini tidak mustahil akan berlaku.

Sekiranya ini berlaku, maka ketuanan Melayu di negara ini akan terhapus sama sekali dan raja raja Melayu akan diturunkan sebagai rakyat biasa dan suara melayu itu akan terhapus sama sekali.

Kita juga perku melihat, bagaimana kenyataan Lee Kwan Yew yang mengatakan beliau teringin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dalam tempoh sehari dan DAP akan merealisasikan impian ini sekiranya pakatan memerintah.

Mereka (DAP) juga akan membawa semula Singapura masuk ke Malaysia supaya suara orang Melayu dalam parlimen akan tenggelan dan seterusnya membolehkan segala bagai undang undang digubal semula dan sudah pastinya ia akan menajdi berat sebelah dimana kelebihan akan diberikan kepada cina DAP.

Begitu juga dengan agama Islam yang selama ini menjadi agama persekutuan dan dilindungi oleh undang undang negara akan dihapuskan dan kebebasan beragama akan diwujudkan.

Sekarang sahaja kita sudah melihat pelbagai perkara dilakukan oleh bukan islam semata mata untuk mencabar agama serta orang Islam di negara ini.

Perkara ini tidak mustahil, ianya akan berlaku sekiranya pakatan memerintah dan adakah orang Melayu mampu bersatu sekiranya perkara tersebut berlaku?

Melayu seharusnya bersatu dari sekarang dan bukan apabila sesuatu yang buruk sudah melanda kerana dimasa itu kemungkinan kuasa kita sebagai orang yang mempunyai hak mutlak terhadap tanah air ini akan hilang dan dimasa itu kita sudah mengemis di tanah sendiri.

Sedarlah, hari ini kita ketawa kerana kita berjaya mengutuk sesama bangsa, mungkin satu masa nanti kita menangis kerana tidak dapat menyatukan bangsa.

Politik Anwar perlu dimatikan sebelum segala yang ada tidak lagi bermakna terhadap kita.


Tiada ulasan: