Khamis, 27 Februari 2014

ARTIKEL | #MSMW ADA RANCANGAN NAK KENAKAN ZAHID HAMIDI ???

Minggu ni satu program yang biasa dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan berkenaan dengan media sosial yang diketuai oleh saudara Shahol telah mengadakan minggu media sosial.


Dalam program tersebut, beberapa orang penggiat media dari luar negara juga telah dijemput untuk bersama sama menjayakan program yang diadakan sebagai acara tahunan tersebut.

Dalam program msmw ini juga, beberapa anugerah telah diberikan kepada penggiat penggiat media dan ini termasuklah anugerah untuk portal online yang aktif dan popular.

Turut menerima hadiah sebagai pemenang portal paling popular ialah portal berita online Malaysiakini.

Dan apa yang menjadi tanda tanya ialah, hadiah telah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Zahid Hamidi.

Yang menjadi persoalannya kini ialah, kenapa Menteri Dalam Negeri yang dijemput? Kenapa tidak menteri komunikasi yang dijemput untuk menberikan hadiah kepada para pemenang?

Sangkakala tak nampak pulak ada kerjasama dalam penganjuran program Malaysia Media Social Week tersebut dan apa yang dimaklumkan program masih berjalan sehingga hari ini dan akan berakhir pada hari ahad nanti.

Ada ke nampak anjuran bersama atau apa apa kena mengena diantara Kementerian Dalam Negeri dengan program MSMW  dalam gambar diatas tu? Takde kan? Jadi kenapa perlu Zahid Hamidi dipanggil?

Sangkakala dapat mengesan ada sesuatu yang tak kena disini iaitu perancangan yang agak licik juga.

Kalau pembaca semua ingat bahawa Zahid Hamidi pernah menegur wartawan Malaysiakini kerana menurut Zahid, Malaysiakini kerap kali memutar belit kenyataan beliau.

Ekoran dari itu juga, kemungkinan ada pihak yang cuba untuk memalukan Zahid apabila tangan beliau sendiri yang menyampaikan hadiah kepada wakil Malaysiakini.

Dan perkara ini telah pun dikeluarkan dalam media sosial dan sekarang Sangkalala minta supaya penganjur kepada program ini memberikan jawapan yang paling tepat kenapa mereka perlu memanggil Zahid untuk menyampaikan hadiah tetapi tidak menteri lain.


Adakah mereka juga berniat sama untuk mengaibkan Zahid?

Kalau nak dikatakan tidak perasan atau ianya tidak ada kena mengena, Sangkakala rasa ianya adalah amat tidak tepat kerana sebagai sebuah NGO yang mengendalikan program sebegini perlulah mengambil peranan dan tanggungjawab dari semua sudut.

Seperti yang Sangkakala katakan tadi, yang pertama,  Kementerian Dalam Negeri tidak terlibat langsung dalam program MSMW tetapi kenapa Zahid dijemput untuk menyampaikan hadiah?

Kalau kata perkara tersebut berlaku.secara sepontan, rasanya juga amat tidak tepat kerana takkan penganjur tak tau kepada siapa hafiah akan diberikan.

Kalau semua ni tak tau, adalah lebih baik pengajur berfikir lagi sekali untuk mengadakan program sama pada masa akan datang.

Tindakan MSMW bagi Sangkakala adalah amat tidak sesuai dan kelihatan tidak ada kepekaan dalam sesuatu isu disitu.



Tiada ulasan: