Sabtu, 15 Februari 2014

APABILA SI JAHIL MULA MENULIS !!! TERSERLAH KEBODOHANNYA

Apa punya perangai bangang pencacai pakatan ni pun Sangkakala tak tau, nak kata tak sekolah tu tak mungkin sangat sebab mampu menulis tapi bila nak dikatakan bersekolah tu lain pulak rasanya.

Takkan kemarau yang melanda sejak beberapa minggu ni di dalam negara nak disalahkan juga kepada Barisan Nasional? Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang ditadbir oleh pakatan ada ke hujan yang turun?

Agak agak le kalau nak bercakap atau menulis tu, takkan tak mampu menilai yang mana ketentuan Allah dan juga keadaan politik, cuba la matang sikit.


Kalau nak dikirakan dengan permasaalahan air di Selangor yang melanda beberapa kawasan sekarang ni rasanya yang perlu dipersalahkan ialah kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang sekarang ni.

Sebab apa Sangkakala kata macam tu? Sebab kalau projek tadahan air Langat 2 diluluskan oleh kerajaan negeri sudah pasti perkara yang melibatkan permasaalahan air takkan berlaku kerana Selangor mempunyai simpanan air yang mencukupi.

Tapi oleh kerana keangkuhan pemimpin kerajaan Selangor telah membuatlan rakyat kini menerima musibah daripada apa yang dilakukan oleh mereka.

Kerajaan pusat telah berjanji untuk membiayai sepenuhnya projek Langat 2 demi untuk kesenangan rakyat Selangor khususnya tetapi dalam keadaan sekarang ni Sangkakala nampak semua termasuk yang mengundi pakatan dalam PRU12 dan 13 mendapat musibah yang sama iaitu keputisan bekalan air bersih.

Ini semua ada bersangkut paut dengan apa yang dilelafazkan oleh Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa bekalan air di Selangor mencukupi untuk menampung keperluan penduduk.

Tapi apa yang berlaku sekarang ialah permasaalahan ini tidak akan selesai selagi pakatan pembangkang meneruskan sikap egoistik mereka dan yang menerima masalah adalah rakyat.

Jadi fikir fikirkanlah, siapa yang salah sebenarnya, adakah kerajaan pusat atau kerajaan negeri yang angkuh dan sombong menidakkan keperluan masyarakat.


Tiada ulasan: