Sabtu, 15 Februari 2014

APABILA NAZRI AZIZ JADI MENTERI JAHIL AGAMA !!! APA NAK JADI ???

Pelik pulak Sangkakala apabila ada menteri yang jahil tentang agama, kalau tak tau sekalipun jangan le tunjukkan sangat yang awak tu tak reti atau dalam kata lain baik diam dari jadi masalah pada orang lain.


Tak habis dengan satu hal, satu hal lagi dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan ni dan sebagai seorang menteri, takkan sampai perkara macam ni pun tak boleh nak nilai.

Para Ulama sendiri pun dah mengatakan bahawa menyambut Valentine adalah HARAM, faham tak dengan maksud HARAM?

Kalau dah tak faham sangat bahasa Ulama, mari sini Sangkakala nak cakap dalam bahasa blogger pulak kenapa valentine tu diharamkan.

Valentine ni selalu dan kerap dikatakan dengan hari kekasih dan ianya disambut oleh pasangan kekasih dan kebiasaannya juga, pasangan kekasih ni sinonim dengan yang masih belum mempunyai ikatan perkahwinan.

Ada satu sebab lagi kenapa ianya di HARAM kan oleh ulama bahkan Majlis Fatwa sendiri juga telah mengharamkan sambutan ini dan sebagai rujukan boleh baca DISINI untuk makluman.

Jadi sebagai seorang menteri, Sangkakala rasa jangan le nampak sangat kejahilan tentang perkara ini sebab awak tu pemimpin dan kalau rasa nak liberal sangat, elok le sangat kalau berhenti jadi menteri tu dan pegi belajar agama dengan ahli agama dan jangan belajar dengan nafsu dan perasaan.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah namanye bodoh tk boleh diajar pandai tk boleh diikut..Bengong namanye...

Tanpa Nama berkata...

Apakah haram saya bawa isteri saya keluar makan danmeraikan hari kekasih?Apakah haram saya keluar ke masjid meraikan kekasih saya ia itu rasulullah pada valentines day.Jangan tengok pada satu angle sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Untuk bro atas nie Nabi Muhammad saw wajib kita ingat hari2 setiap detik bukan sempena hari valentine sahaja.
Hari2 kita melakukan solat fardhu dan sunat, kita membaca syahadah ketika tahyat yng wajib di hayati maknanya.Kita di suruh mengikut sunah rasulullah dalam setiap saat perbuatan lahir dan batin.Kita di suruh berselawat sebanyak mungkin keatas Nabi Muhammad saw untuk mendapat syafaatnya dihari pembalasan.
Pendekata setiap hari dan saat kita wajib melakukan apa yng telah Nabi SAW ajarkan kepada umatnya.Sebagai tanda kasih kpd Nabi wajib kita melakukan apa yng di suruh tanpa ada alasan kecuali dlm keadaan yng dibenarkan oleh hukum syarak.

Bro boleh tak explain bagaimana merayakan Rasulullah SAW sempena "hari valentine " supaya fikiran saya tak menjurus "satu angle" sahaja?
Cer citer!

Tanpa Nama berkata...

Tak de ape penting nak cakap, baik diam je, org pun tak tahu kita ni jahil, bila cakap jugak, terdedahlah kejahilan kita. Nabi saw dah pesan kan, ke dah lupa atau mmg tak tahu ?
Bnyk cakap nanti bnyk pulak dosanya, bila dah bnyk dosa, ke mana pulak nanti sudahnya.

Abg Ben berkata...

Ko meraikan Baginda Rasul pada hari 'Valentine' aje ke? Aneh sungguh mazhab ko ni!

Tanpa Nama berkata...

Kalau anak jahil dh satu perkara...bapak jahil lagi la payah...jgn la jadi jahiliah bersama2..payah2