Rabu, 5 Februari 2014

20 KELUARGA MANGSA KERAKUSAN KERAJAAN SELANGOR

Semalam dikhabarkan seramai 20 orang pekerja dalam PHSB yang merupakan anak syarikat PKNS telah ditamatkan kontrak mereka dengan notis 24 jam.

Inilah yang dikatakan kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan Selangor yang tidak melihat kesengsaraan pekerja pekerja tersebut yang kehilangan punca pendapatan serta merta.

Ramai dikalangan pemimpin tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang telah menyelar tindakan kerajaan Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang dikatakan gagal untuk mengurus tadbir kerajaan.

Seperti contoh,  ahli parlimen Kuala Langat yang mengatakan kes tersebut adalah saru contoh yang menunjukkan bahawa Khalid perlu ditukar.

Hehehe..ini semua poyo punya ayat la, bila dah nampak Anwar Ibrahim nak bertanding sebagai ADUN di Kajang, maka dengan pantas Ahli Parlimen ni mengatakan bahawa ini kegagalan Khalid.

Yang sebenarnya tak kira siapa pun yang menjadi Menteri Besar asalkan daripada pakatan maka perkara perkara seperti ini akan terus berlaku dan mereka yang menjadi pemimpin di peringkat negeri tidak akan mempedulikan permasaalahan yang bakal ditanggung.

Bayangkan mereka yang berjumlah 20 orang ni, mereka mempunyai tanggungan seperti anak, isteri, rumah, kenderaan, bil bil bulanan dan lain lain yang mana sumber pendapatan mereka hanyalah dengan bekerja dengan PHSB dan apabila diberikan notis penamatan perkhidmatan 24 jam, kemana mereka akan mengadu?

Takkan kerajaan negeri Selangor tidak mampu menilai segala keperluan yang dialami oleh para pekerja ini.

Mengikut pihak tertentu dalam kerajaan Selangor,  mereka ini ditamatkan perkhidmatan apabila kontrak mereka telah tamat.

Kalau ye sekalipun telah tamat, takkan pekerja pekerja tu sendiri tidak tahu bahawa kontrak kerja dah habis? Dan sepatutnya kerajaan Selangor memberikan notis peringatan dahulu supaya mereka bersedia dengan pekerjaan yang lain.

Lagi satu yang Sangkakala dengar, merek langsung tidak diberikan pampasan penamatan khidmat mereka.

Dengan hasil kekayaan yang dimiliki, Sangkakala tak nampak bahawa kerajaan Selangor tak mampu untuk memberikan pampasan kepada pekerja pekerja ini.

Fikir fikirkanlah apa nak jadi dengan Selangor kalau perkara ini berlaku lagi.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Depa tu pekerja kontrak or tetap??

Tanpa Nama berkata...

X kisah contrak ataupun tetap bila nak di berhentikan kena bagi notis 1 bulan bukan 24jam. Lain lah kalau syarikat tu bankrap dengar cerita setahun kaut keuntungan sebanyak 400 juta. Takat 20 org nak bayar gaji susahker letak lah sebulan 2000 x 20 baru 20 ribu sebulan kali dengan 12 bulan baru 240ribu jer. Kalau rakyat di selangor macam ni lah keadaan saya harap pilihan raya kecil dun kajang buatlah keputusan yang bijak untk masa depan anda dan keluarga anda. Ini pendapat saya Indian Muslim NGO

Tanpa Nama berkata...

Maaf kira kira di atas salah 20 org X RM 2,000.00 = RM 40K sebulan X 12 bulan dengan RM 480.000.00. Baru 1% dari keuntungan syarikat dalam setahun.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak dihairankan. Ini adalah sebahagian siri skrip drama karangan Anwar Ibrahim untuk mencapai puncak syahwatnya untuk menguasai malah untuk menjadi menteri besar Selangor. Sesungguhnya Menteri Besar YAB TS Khalid Ibrahim telah ditekan dan dipaksa untuk melakonkan episod-episod bodoh yang akhirnya menyebabkan reputasi MB itu jatuh dan dibenci rakyat. Lalu akhirnya memaksa beliau terpaksa berundur atau dipaksa untuk berundur. Sekilas senyum sinis Anwar Ibrahim kita sudah tahu niat matlamatnya.

Tanpa Nama berkata...

Bo, aku keje kat mahkamah buruh.

Kalau cukup paper blh bawa kes.

Aku tanya, jawap merapu.

Nak tlg pas kat member aku tapi datang dgn tangan kosong.