Ahad, 2 Februari 2014

KETUA UMNO BAHAGIAN SUBANG TERTIPU

Ramai dikalangan pengikut pakatan pembangkang mengatakan bahawa UMNO sudah tidak relevan dan setiap program yang dilaksanakan tidak mendapat sambutan dari masyarakat.

Tapi jelas dengan apa yang berlaku di Subang malam tadi telah menidakkan apa yang dikatakan oleh pembangkang selama ni.

Ketua UMNO bahagian Subang, Dato Zein Isma juga hampir tertipu dengan dakyah yang diperkatakan namun setelah melihat kehadiran dalam program ceramah sempena Maulidur Rasul malam tadi menujukkan bahawa masih ramai yang mahu mendengar ceramah yang dianjurkan oleh UMNO bahagian.

Lebih dari 1000 orang hadir ke program ceramah yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr Ridzuan Tee Abdullah yang menyingkap tentang keperluan masyarakat Melayu khususnya Islam untuk bersatu.

Ustaz Ridzuan Tee bersama Dato Zein isma

Pelajar tahfiz juga hadir ke ceramah

Ribuan orang hadir ke program

Ini juga merupakan signal jelas daripada masyarakat bahawa mereka kini sudah mula mendampingi UMNO semula dan dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Ridzuan Tee malam tadi juga telah membuka semangat orang melayu dan Islam untuk bersatu memperkuatkan jati diri dalam mempertahankan agama.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada kepimpinan UMNO Subang yang kebanyakkannya hadir dalam program malam tadi dan menurut kata Dato Zein Isma, program sebegini akan terus dianjurkan demi untuk merapatkan saf sesama bangsa dan agama tanpa memandang fahaman politik.

Menurut kata beliau lagi, penyatuan agama Islam tidak boleh dipandang ringan dan tidak sesekali boleh diperlekehkan.

Turut hadir ke majlis yang diadakan malam tadi ialah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Harison Hasan, Naib Ketua Bahagian, saudara Zulkifly Mat Taft, Ketua Wanita Bahagian yang juga merupakan ADUN Kota Damansara, YB Hajah Halimaton, ketua Puteri Bahagian, Saudari Norhayati Hasan, manakala Ketua Pemuda yang pergi menunaikan Umrah diwakili oleh naib Ketua Pemuda, saudara Shahrizam Zakaria, para pegawai dan ajk bahagian.

Majlis juga turut dihadiri oleh mantan ADUN serta EXCO kerajaan Selangor, Dato Mokhtar Dahlan.

Dato Mokhtar Dahlan juga turut hadir

Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh kumpulan Nasyid Al Bushra serta kumpulan qasidah yang bersama sama berselawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Acara yang bermula di awal pagi dengan menyembelih 4 ekor lembu sebagai korban untuk dijadikan kenduri rakyat di 4 buah surau di Kota Damansara dan kenduri diadakan selepas solat maghrib.

Lembu disembelih untuk kenduri rakyat


Yb Hajah Halimaton turut membantu memotong daging untuk dijadikan lauk kenduri rakyat
Kenduri rakyat

Perarakan dari 4 buah Surau telah bermula pada jam 9 malam dan peserta yang berarak mencecah lebih kurang 1000 peserta kesemuanya dan mereka berarak ke tapak program di perkarangan pejabat UMNO Bahagian dan mereka telah tiba lebih kurang jam 9.15 sebelum persembahan nasyid dan qasidah seterusnya ceramah.

Memulakan perarakan di 4 buah Surau

Peserta perarakan menuju ke tapak program

Peserta perarakan tiba di tapak majlis serta di sambut oleh ketua UMNO bahagian

Peserta dari surau berlainan turut sama berarak sambil berselawat
Program yang dijalankan pada malam tadi bagi Sangkakala amat berjaya kerana telah mengumpulkan sebegitu ramai masyarakat dalam satu perhimpunan,  tahniah sekali lagi kepada kepimpinan UMNO bahagian.



Tiada ulasan: