Sangkakala rasa kenyataan Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), Ustaz Abdul Zaik Abd Rahman tentang Najib selaku Perdana Menteri perlu kembali kepada orang Melayu yang diabaikan selama ini dan meninggalkan kaum Cina serta India yang dituduh sebagai tidak setia adalah satu kenyataan yang amat tidak sesuai.
Sangkakala bersetuju sekiranya Presdien ISMA menggunakan istilah Cina atau India yang mendokong DAP kerana mereka ini yang tidak menyokong Barisan Nasional walaupun telah diberi dengan pelbagai kemudahan.
Dengan mengambil kira seorang India yang melepaskan jawatan (Waythamoothy) dalam kabinet tidak semestinya kita mengatakan kesemua mereka, dan sebagai seorang senator rasanya kenyataan tersebut tidak layak dan tidak patut dikeluarkan oleh seorang Presiden NGO.
Memang pada hakikatnya majoriti kaum cina menolak Barisan Nasional tetapi bagi kaum India Sangkakala rasa ianya bukan majoriti dan walaupun penolakan oleh kaum cina adalah majoriti namun masih ada minoriti kaum cina yang menyokong kerajaan begitu juga kaum India.
Sangkakala mengambil pendekatan dengan beberapa orang rakan yang masih muda dikalangan kedua dua kaum tersebut, mereka masih lagi setia dengan kepimpinan Barisan Nasional serta mereka ada melakukan beberapa perbincangan dengan Sangkakala sendiri tentang permasaalahan yang dihadapi oleh mereka dalam meraih sokongan.
Ini bermakna masih ada lagi golongan muda dan belia yang bersama sama denan kerajaan Barisan Nasional dan kalau diikutkan dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Presiden ISMA ini Sangkakala rasa amatlah tidak patut jika kita menghukum mereka secara purata.
Cuma apa yang Sangkakala ingin katakan disini ialah, mungkin berapa pendekatan perlu dilakukan untuk meraih kembali sokongan daripada kaum kaum ini dan sudah pastilah komponen Barisan Nasional perlu mengambil pendekatan yang lebih drastik.
Berkenaan dengan mengatakan bahawa Perdana menteri perlu kembali kepada golongan Melayu yang diketepikan, rasanya Barisan Nasional terutamanya UMNO tidak pernah meminggirkan mana mana orang Melayu tetapi mereka (melayu) perlulah bijak mengambil peluang dan mengisi ruang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
3 ulasan:
Saya setuju komen sangkakala. Tak semua China dan India menentang kerajaan. Melayu pun dah berpecah 3. Semuanya berpunca dari gerakan reformasi yg dicetuskan oleh DSAI. Sejak itu bangsa Melayu berpecah.
Hanya islam dapat menyatukan ummah. Munkar dan nakir tidak tanya apakah bangsa mu
kenapa pulak melayu berpecah kerana dsai..tak sedar perkara berlaku dtg dari melayu umno,sejak dulu2 lagi umno yg mula dulu..
Catat Ulasan