Sejak diambil alih oleh kerajaan Pakatan, nampaknya masalah penduduk di negeri Selangor tidak akan berubah.
Mana nak berubahnya kalau dah permasaalahan yang sama akan sentiasa menjadi rungutan penduduk.
Hari ni seorang rakan FB memuat naik permasaalahan sampah di kawasan gugusan Tanjung, Kota Damansara.
Permasaalahan ini telah lama diajukan oleh penduduk namun ianya seperti mencurah air ke daun keladi yang tidak menibggalkan kesan.
Hairan juga dengan pendekatan kerajaan negeri Selangor, cukai pintu semakin tinggi dan jika terlewat membuat pembayaran mulalah akan datang segala bagai surat termasuk surat untuk sita kediaman.
Tapi bila dalam bab sampah ini, ianya seolah olah tidak memberi apa apa kesan kepada PBT.
Yang menjadi pengerusi jawatankuasa atau EXCO kerajaan yang menjaga PBT pulak buat apa, tidur sama macam Khalid juga ke?
Ini le akibat daripada kepimpinan kerajaan yang tidak pandai menjalankan tugas mereka dengan sempurna.
Permasaalahan rakyay dibiat dan diletakkan ketepi seperti suara suara rakyat yang mengeluh dan merintih tidak ada ertinya buat mereka.
Tapi kalau dalam pengundian masa pilihanraya pandai pulak mereka ni mengatakan bahawa adanya suara rakyat, tapi bilabdah menang suara rakyat hilang entah kemana.
Nasiblah wahai penduduk Selangor, sendiri buat pilihan, sendiri jugalah yang kena tanggung.
Syarikat syarikat yang diberikan projek mengangkut sampah ni pula terdiri daripada kroni kroni mereka (pemimpin kerajaan negeri) maka segala masalah yang diadu oleh rakyat tentang kegagalan mereka ini tidak akan diambil kira.
1 ulasan:
Saya penduduk lot1117 jalan haji othman baru,kg Rantau Panjang,Klang juga menghadapi masaalah
pembuangan dan pelupusan sampah haram dan telah berpuluh surat bantahan dihantar kepihak Majlis,SUK dan YB Sg Pinang tapi hampa tiada tindakbalas atau perhatian dari mereka,Menyesal aku pangkah kalau tahu macam ni..makan gaji buta.
Catat Ulasan