Ahad, 9 Februari 2014

PAS DI KEDAH MAKIN GELISAH !!! PENYATUAN UMMAH SUDAH MENULAR

Semalam ada satu perhimpunan yang dilakukan di Stadium Darul Aman untuk menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Program yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kedah dibawah pemerintahan YAB Datuk Seri Mukhriz nampaknya telah berjaya apabila lebih kurang 40 ribu yang hadir.


Dalam satu laman blog sahabat Sangkakala ada menyatakan bahawa semasa program juga ada unsur unsur sabotaj yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi semuanya dapat diselesaikan.

Bagi Sangkakala..adalah menjadi kebiasaan apabila program yang dianjurkan oleh BN terutamanya UMNO,  maka unsur unsur sebegini tidak mampu untuk dihindari tetapi kuasa Allah tidak siapa boleh menjangkaunya.

Himpunan ini juga Sangkakala yakin, sudah menggerunikan puak puak pakatan di Kedah yang merasakan bahawa UMNO hari ini tidak hanya berkata kata dalam penyatuan Ummah tetapi mengambil serius tentang perkara tersebut.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Datuk Seri Mukhriz yang berjaya membawa hadirin sebegitu ramai dalam ceramah agama yang mana sudah pastinya tidak ada unsur kata mengata sebagai pengisiannya.


Tiada ulasan: