Khamis, 13 Februari 2014

SAIFUDDIN NASUTION TAK MAMPU BUAT PERBEZAAN !!! SU AGUNG APA NI ???

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengatakan bahawa jika pilihanraya kecil berlaku di Balingian Sarawak, maka ianya tidak ada beza dengan apa yang berlaku di Kajang.

Agak Sangkakala le, mesti Saifuddin ni dah tak mampu nak bezakan apa yang berlaku di Kajang dan Sarawak atau dah lupa dengan apa yang diminta oleh pembangkang sendiri tentang isu Ketua Menteri Sarawak ni.


Kalau dah tak tau sangat nak bezakan kes Kajang dengan Balingian, mari sini Sangkakala nak bagi tau sikit apa perbezaan diantara ke dua dua tempat ni.

Tan Sri Taib Mahmud sudah beberapa kali didesak untuk meninggalkan jawatan sebagi Ketua Menteri Sarawak tetapi mantan ADUN Kajang tidak didesak oleh pihak Barisan Nasional, tapi mungkin juga ada desakan daripada Pakatan demi untuk kepentingan politik individu.

Nampak tak betapa janggalnya pakatan, setelah beberapa puluh kali malah ratusan kali mendesak Taib Mahmud untuk melepaskan jawatan, tiba tiba tanya pulak apa beza Kajang dengan Sarawak?

Beza yang lainnya ialah, perletakkan jawatan bekas ADUN Kajang adalah untuk memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding, dan Anwar sendiri sudah mengatakan bahawa beliau akan mengumpul dana untuk PKR dengan menggunakan kuasa Menteri Besar nanti, itu juga salah satu bezanya.

Jadi disini, sudah ada beberapa perbezaan diantara situasi di Kajang dengan Balingian, kalau itu pun si Saifuddin ni tak mampu nak bezakan, alangkah malang nasib pengikut PR mendapat seorang Setiausaha Agung macam Saifuddin ni.


Tiada ulasan: