Rabu, 5 Februari 2014

ISTANA JOHOR CARI WARTAWAN ASTRO

Sangkakala dapat makluman bahawa sekarang ni istana Johor sedang mencari wartawan Astro yang memuat naik insiden bola sepak baru baru ni.

Dan Sangkakala juga dapat makluman bahawa pihak Astro telah memberhentikan dengan memberi notis 24 kepada wartawan tersebut yang dikatakan melanggar etika kewartawanan iaitu dengan memuat naik video tanpa kebenaran dari pihak syarikat rakaman.

Dah kena buang tu satu hal, yang Istana Johor lak tak payah le nak cari segala bagai sebab perkara sebegitu biasa berlaku dimana mana.

Sedangkan kisah Perdana Menteri kena boo dan kebiadapan sesetengah rakyat Malaysia tentang segala macam penghinaan juga biasa berlaku di zaman sekarang ni.

Lagipun ianya melibatkan sukan di tanah air dan penambah baikan perlu dilakukan jika ada kekurangan atau kesilapan.

Dalam video tersebut juga Sangkakala tak nampak dimana keberatannya, sebagai contoh, yang Sangkakala lihat, hanya insiden dalam terowong laluan keluar masuk pemain dan tidak nampak pula ada kejadian tumbuk menumbuk dalam video tersebut dan video itu juga nampak samar serta tidak terang.

Biasanya bagi seorang wartawan, isu hangat akan di ambil jadi bagi Sangkakala, wartawan tersebut tidak bersalah selain daripada melanggar etika syarikat yang menggajikan beliau.

Oleh yang demikian, pihak syarikat berhak untuk mengambil apa sahaja tindakan termasuklah memecat beliau dari syarikat.

Bagi Sangkakala isu tentang penghinaan oleh Nizar Jamaluddin tentang nombor plat kenderaan Sultan Johor (WWW1) dulu lebih besar kerana ianya melibatkan maruah Tuanku Sultan dimana Nizar telah mengeluarkan kenyataan yang pada Sangkakala menghina Sultan.


Tiada ulasan: