Jumaat, 7 Februari 2014

#PRKKajang SAMPAI SEKARANG ANWAR BELUM BUAT PERKARA NI

Saiful Bukhari telah mendakwa bahawa dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2008 dan Saiful telah bertindak untuk melafazkan sumpah laknat dan membuat pengakuan bahawa dirinya diliwat.

Mungkin anda semu pernah melihat video bagaimana Saiful melafazkan sumpah tersebut dengan ditemani oleh bapa beliau.

Klik gambar untuk video
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah mengatakan bahawa Anwar perlu melafazkan sumpah laknat yang sama bagi membersihkan nama beliau yang dikatakan telah difitnah oleh Saiful dan ianya adalah konspirasi UMNO semata mata.

Tapi Anwar langsung tidak pernah berbuat demikian dan seperti kata Datuk Zulkifli Nordin, beliau sendiri bersama sama dengan Anwar bermesyuarat semasa Saiful membuat laporan polis dan setelah mendapat berita tersebut, Anwar kelihatan pucat dan menggigil ketakutan.

Persoalannya disini, kenapa Anwar begitu takut semasa Saiful membuat laporan polis? Dan kenapa Anwar tidak mahu melafazkan sumpah laknat untuk membersihkan nama beliau?

Anwar pernah mengatakan bahawa sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tidak berbohong, berzina, meminum minuman keras dan melakukan perkara perkara mungkar, dan kalau Anwar merasa yakin bahawa beliau bebas dari segala perkara tersebut, untuj apa beliau merasa takut atau risau untuk bersumpah.

Bagi Sangkakala, jawapan yang paling mudah kenapa Anwar tidak mahu membuat sumpah laknat ialah, beliau tidak bebas dari perkara perkara yang beliau sendiri nyatakan dan ada kemungkinan bahawa beliau sememangnya terlibat dalam kes liwat tersebut.

Baru baru ini Anwar telah mencuba untuk menggugurkan pendakwa raya yang akan membuka semula kes liwat beliau terhadap Saiful, dan kenapa Anwar begitu risau dengan pendakwaraya tersebut? Adakah ada sesuatu yang merisaukan Anwar jika pendakwa ini yang menjalankan pendakwaan kes beliau di mahkamah.

Dalam perbicaraan tentang kes liwat ini dulu, mahkamah telah menetapkan untuj membebaskan Anwar kerana bahan bukti dikatakan telah tercemar, tetapi mahkamah tidak memberitahu apa bentuk pencemaran yang berlaku terhadap sampel DNA yang dibawa ke mahkamah tersebut.

Ujian DNA juga jelas menunjukkan bahawa ada persamaan diantara air mani yang terdapat di dalam lubang dubur Saiful dengan DNA Anwar yang diperolehi dari perbagai sumber.

Dan kes ini akan diperdengarkan semula pada 12 dan 13 februari ini dan Anwar telah menjalankan kerja kerja beliau seperti biasa untuk menyelamatkan diri dan kali ini Anwar telah merancang untuk mengadakan pilihanraya kecil di kawasan Kajang dengan memaksa ADUN Kajang meletakkan jawatan.

Inilah permainan dan sandiwara Anwar selama ini dan selagi ada hayat, rasanya Anwar tidak akan berhenti dari terus melakikan perkara perkara tersebut.



1 ulasan:

hasnul rahman berkata...

Assalammualaikum wmt,
Apa perlunya si dajjal tu bersumpah laknat kalau para 'ular dalam semak' PAS masih sokong dia?
Lagi banyak kes salah laku seksnya didedahkan makin kuat simpati padanya.
Mereka tak akan percaya bila si dajjal tu kata "Itu semua fitnah UMNO".
Dia sedap balun China Doll, UMNO yg busuk nama.
Itulah kehebatan Anwar sebagai 'syaitan' naungan Iblis dan Yahudi.