Rabu, 19 Februari 2014

#PRKKajang #Kajang ISU BANGLA | LAGI SEKALI PAKATAN NAK BUAT FITNAH

Nampak gayanya cybertrooper pakatan cuba nak membangkitkan semula isu pengundi hantu yang dulu hangat diperkatakan oleh pemimpin pakatan dalam PRU13 yang lepas.


Sangkakala masih ingat lagi semasa sebelum PRU yang lepas bagaimana cybertrooper pakatan telah memainkan isu bangla yang kononnya dibawa masuk ke Malaysia seramai 40 ribu orang.

Tapi selepas pemilihan, tidak ada satu pun laporan polis atau bantahan dibuat berkenaan dengan isu tersebut tapi yang ada hanyalah laporan tentang dakwat kekal.

Cuba tengok gambar diatas, cybertrooper pakatan nampaknya sengaja memainkan isu bangla sekali lagi dengan mengatakan bahawa terdapat kejadian pelik dimana ada bas telah menghantar bangla ini ke Kajang.

Mungkin juga isu ini akan dijadikan sentimen bagi memenangi pilihanraya di Kajang nanti sebab kebanyakan pengikut pakatan amat percaya dengan pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin mereka walaupun telah terbukti bahawa pemimpin mereka berbohong tentang perkara perkara tersebut.

Itu satu bab, dan ada kisah lain pula yang ditimbulkan iaitu isu terputusnya bekalan elektrik, sampai sekarang masih belum ada sebarang laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut dan bukti yang mengatakan bahawa perkara tersebut berlaku juga tidak dapat dikemukakan.

Tidak mustahil sekarang ini cybertrooper pakatan sudah diarahkan untuk mengeluarkan cerita bahawa terdapat pengundi hantu berupa rakyat bangladesh yang dibawa ke Kajang dan sudah jika pakatan mengalami kekalahan, isu ini sudah pasti akan dimainkan.

Tetapi jika mereka mendapat kemenangan, maka cerita cerita awalan ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang pertikaian.

Ada kemungkinan juga isu ini sekarang dijadikan isu simpanan untuk menghadapi segala kemungkinan.

Dan ada juga kemungkinan bahawa pakatan merasakan bahawa mereka akan mengalami kekalahan dalam pertandingan di PRK Kajang pada kali ini.



Tiada ulasan: