Jumaat, 28 Februari 2014

ARTIKEL JATI | #PRKKajang #Kajang ANWAR LEBIH ISLAM DARI ISLAM !! LEBIH KRISTIAN DARI KRISTIAN


Ucapan anwar ibrahim diberitakan ketika sesi "Sembang petang bersama Anwar Ibrahim" di rumah kediaman adun penanti di sg kantan kajang pada 17hb feb 2014 berbunyi:

"Kalau saya di kajang ini, saya seorang Islam, saya akan mengimarahkan masjid, saya akan mengembangkan agama Islam"

Di atas ucapan ini penulis ingin bertanya kpd sdr Anwar Ibrahim:

"Islam yg mana satu yg ingin beliau kembangkan? Adakah Islam seperti mana ucapan beliau berasaskan seperti kes2 yg dinyatakan ini?..."

Kes 1:
(Sokongan kpd kebebasan murtad)

Wartawan BBC:
"Mengenai hak asasi manusia, saya ingin tahu, jika anda diberi kuasa semula dan mempunyai pengaruh untuk mempraktikkan (bagaimana) dengan kes terbaru, Lina Joy, wanita Muslim Malaysia yang mahu menjadi Kristian untuk berkahwin dengan tunangnya yg beragama Kristian dan Mahkamah Tinggi Malaysia tidak membenarkan dia (Lina Joy) berbuat demikian. Adakah ini pencabulan hak asasi manusia?"

Anwar Ibrahim:
"Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya membuat keputusan sedemikian dengan mengatakan bahawa ia tidak harus dibenarkan...."

"Isu kebebasan beragama..sepertimana pemahaman saya terhadap Islam dan juga perlembagaan..Apa yang diminta ialah supaya Lina Joy mendapatkan haknya untuk menukar agama melalui prosedur..."

Wartawan BBC:
"Maksud anda Lina Joy memang patut diberi kebenaran untuk menukar agamanya kepada Kristian?

Anwar Ibrahim:
"Itu adalah haknya"


Kes 2:
(Sokongan kpd LGBT)

Wawancara Anwar Ibrahim bersama BBC News di Mumbai, India pada 12 Jan 2012.

Wartawan BBC:
"Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?"

Anwar Ibrahim:
"Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum....."

"Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…..kita perlu mengkajinya semula….."

"kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…..saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…..tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan".

Firman Allah swt:
Dan ingatlah ketika Nabi Luth berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?...

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yg melampaui batas" (al A'raf: 80-81)

"Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim." (Huud: 82-83)


Kes 3:
(Pluralisma Agama)

Ucapan Anwar semasa dialog "Religion and Pluralisme in a Divided World" pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) 

Anwar Ibrahim: "Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup...."

"Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut."

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam." (Ali Imran: 19)

"Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Ali Imran: 85)

Anwar Ibrahim:
"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...."

Penulis:
Asas kpd risalah daripada Allah swt adalah "aku bersaksi tidak ada ilah (tuhan yg berhak disembah) melainkan Allah"

Adakah ajaran kristian, sikh, hindu dan lain2 ini menyembah tuhan yg Esa?

Bagaimana dgn ajaran kristian yg menganggap Isa itu anak tuhan?

Bagaimana pula dgn ajaran2 agama yg lain yg menggunakan "perantaraan" patung2 dan berhala2 sebagai tuhan2 yg lain sebagai Allah?

Bagaimana dgn ajaran2 agama yg sentiasa berubah ubah kerana pena drpd tangan pendeta2 mereka?

Firman Allah swt:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." (al Maedah: 3)

"Barang siapa yang tidak percayakan Taghut (sembahan selain drpd Allah), dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus selama lamanya" (al Baqarah: 256)

Kesimpulan:
Pendirian dan kepercayaan yg diimani dan dilafazkan oleh Anwar Ibrahim ini sangat2 bertentangan dengan sumber asal Islam yg datangnya daripada Allah swt iaitu al quran.

Maksudnya memberikan ruang dan kuasa kepada Anwar Ibrahim hanya semata mata membuka lagi kemudharatan kesesatan kpd umat Islam di Kajang secara khusus dan kepada umat Islam di Selangor dan Malaysia secara umumnya!

Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: