Selasa, 18 Februari 2014

#JihadEkonomi KUASA MEMBELI ISLAM KUASA TERBESAR

Umum mengetahui bahawa kuasa membeli di negara ini adalah dikalangan oerang Melayu dan kuasa ekonomi pula di kuasai oleh orang bukan Melayu.


Dalam mengenengahkan kuasa pembelian ini, orang Islam adalah digalakkan untuk membeli barangan keluaran orang Islam demi untuk meningkatkan taraf ekonomi Islam di negara ini sekaligus akan menukar kuasa ekonomi kepada ekonomi Islam.

Umat Islam khususnya orang Melayy selalu mengatakan bahawa kedudukan ekonomi Islam berada diparas minima dan ianya perlu diangkat sebaris atau melepasi tahap ekonomi bukan Islam di negara ini.

Sebagai usaha untuk peningkatan ekonomi Islam, orang Islam itu sendiri sebebarnya memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekonomi Islam dengan cara membeli barangan atau produk hasilan orang Islam itu sendiri.

Jihad ekonomi ini perlu diterapkan dikalangan orang orang Islan agar impian dan cita cita untuk menjadikan atau mengukuhkan ekonomi Islam ini menjadi kenyataan.

Untuk melihat produk produk hasil keluaran orang Islam, anda boleh klik DISINI..



Tiada ulasan: