Rabu, 19 Februari 2014

PANAS | BANGKAI AYAM DAN CAT MERAH MUNGKIN PERBUATAN SENDIRI

Baru baru ni pejabat Teresa Kok telah disimbah dengan cat merah dan diletakkan seekor bangkai ayam dan perkara ini kononnya telah disedari oleh pekerja Teresa Kok pada sebelah pagi sebelum memasuki pejabat untuk menjalankan tugas.


Dalam kes ini, Teresa Kok telah mengatakan bahawa perbuatan ini ditujukan kepada beliau.

Mana Teresa tau perkara tersebut mempunyai kaitan dengan beliau? Macam dah tau pulak siapa yang buat kan?

Sangkakala terfikir, takkan pejabat seorang ahli Yang Berhormat tidak mempunyai CCTV sedangkan pejabat pejabat biasa sekalipun sudah menggunakan sistem tersebut.

Lagi satu, takkan pejabat Teresa ni berada di tempat yang terpencil sampai tidak ada sesiapa yang melihat kejadian tersebut berlaku.

Semua itu menjadi tanda tanya kepada Sangkakala sebab dari apa yang Sangkakala tau, Teresa Kok adalah Ahli Parlimen di kawasan bandar dan seperti biasa, bandaraya Kuala Lumpur tidak pernah sunyi dari manusia.

Tentang kenyataan Teresa yang mengesyaki bahawa perbuatan ini ditujukan kepada beliau seolah oleh beliau telah mengetahui perkara ini akan berlaku dan kepada siapa ianya ditujukan.

Kita dulu selalu mendengar kes kejadian seperti ini dikaitkan dengan lintah darat atau ahlong yang gagal mengutip hutang daripada peminjam dan ada kemungkinan perkara sama juga berlaku disini.

Tetapi dengan tindakan Teresa yang meluru mengekuarkan kenyataan bahawa ianya ditujukan kepada beliau, adakah beliau juga meminjam dengan Ahlong?

Kita beralih pula kepada sembelih ayam dan darahnya dilumurkan keatas banner pemimpin pakatan tersebut oleh beberapa NGO yang berang dengan tindakan Teresa menghina agama Islam.

Adakah ada pihak yang cuba menangguk diair keruh dengan mengaitkan perlakuan tersebut dengan apa yang berlaku di pejabat Teresa?

Ini juga adalah tidak mustahil untuk berlaku disini dan kemungkinan ianya dilakukan oleh pengikut Teresa sendiri untuk meraih simpati masyarakat.

Jadi tindakan Teresa seolah olah menuduh orang melayu melakukan perkara ini adalah amat dikesali sebab tidak ada bukti atau saksi yang mengatakan sebegitu.



Tiada ulasan: