Sabtu, 22 Februari 2014

POLITIK | #PRKKajang #Kajang WAN AZIZAH TERPAKSA PERTAHAN ANWAR

Presiden PKR yang juga merupakan isteri Anwar Ibrahim nampak gayanya sekali lagi terpaksa mempertahankan suaminya dalam kisah yang mengatakan bahawa Anwar akan menjadi Menteri Besar.


Walaupun Anwar pernah mengatakan bahawa beliau akan menjadi Menteri Besar tapi Wan Azizah mengatakan tidak kepada wartawan dengan mengatakan bahawa kepimpinan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar tidak ada cacat celanya.

Tapi betul ke apa yang dimaksudkan diperkatakan oleh Wan Azizah ni?

Kita semua dah lihat beberapa kali Anwar melakukan onar tapi Wan Azizah masih lagi mempertahankan Anwar.

Seperti kes bersama dengan wanita Cina dalam bilik dan jam Omega yang dikatakan hilanh, Wan Azizah tetap mempertahankan Anwar dengan pelbagai helah dan daya.

Bagi Sangkakala, tidak mustahil kalau kali ini, Wan Azizah tetap mempertahankan sumai beliau tambahan pula Anwar dikatakan akan menjadi calon pilihanraya kecil DUN Kajang tak berapa lama lagi.

Ini semua bagi Sangkakala adalah wayang yang dipertontonkan oleh PKR melalui Wan Azizah berhubung dengan kedudukan Menteri Besar Selangor yang ada kini akan ditukarkan ataupun tidak.

Kalau tidak ada apa apa muslihat atau keinginan untuk menjadi Menteri Besar, masakan Anwar begitu mudah untuk meminta mantan ADUN Kajang untuk melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada beliau.

Apa yang Sangkakala nampak disini ialah, kenyataan Wan Azizah hanyalah untuk mengaburi mata pengundi pengundi di Kajang dan cuba untuk memulihkan persepsi negatif yang dilihat oleh rakyat Selangor khususnya.



Tiada ulasan: