Kesian pula Sangkakala tengok keadaan parti PAS yang nampaknya asyik menurut apa yang dikatakan oleh parti tunjang mereka, dulu negara Islam sekarang dah negara berkebajikan.
Kalau dulu mampu untuk membuat keputusan sendiri sekarang kena tunggu keputusan dari DAP dan PKR.
Cuba lihat gambar dibawah, nak bagi pendidikan percuma kononnya kepada para mahasiswa, budak PASTI pun PAS tak mampu nak tanggung, ini nak tanggung para mahasiswa belajar di universiti.
PAS sepatutnya memikirkan dahulu tentang anak anak yang ada di Pusat Asuhan mereka sebelum memikirkan tentang mereka yang belajar di menara gading.
Bukan sebab apa, yng belajar di menara gading atau di Universiti itu semuanya bermula daripada pusat pusat asuhan dan kelas kelas pra sekolah, jadi kenapa mereka ini tidak diberikan pendidikan awal secara percuma? Kenapa ibu bapa kanak kanak ini perlu membayar wang untuk menempatkan anak anak mereka di pusat pusat ini?
PAS nampaknya macam mengamalkan double standard dalam permasaalahan ini atau macam yang Sangkakala katakan tadi PAS hanyalah mengikut telunjuk DAP dan PKR yang menyalak supaya mahasiswa diberikan pendidikan secara percuma?
Untuk mendapat sokongan dari DAP dan PKR, PAS akan mengangguk sahaja mengiyakan apa yang dikatakan oleh DAP dan PKR walaupun mereka tahu bahawa perkara itu adalah amat mustahil untuk dilaksanakan.
PAS sendiri tidak mampu untuk menanggung penbiayaan anak anak yang ada di pusat asuhan mereka tetapi bersuara lantang kononnya memperjuangkan hak mahasiswa.
Adakah pemimpin PAS tidak mampu untuk melihat bahawa perkara tersebut amat tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal?
Tapi oleh kerana bayangan jawatan yang dilayarkan dihadapan mata pemimpin PAS maka semua itu tidak diambil peduli dan PAS langsung tidak ambil pusing tentang perkara tersebut.
Apa akan jadi sekiranya PAS dipilih untuk mewakili rakyat sebagai kerajaan sedangkan keputusan tidak mampu mereka berikan dan hak untuk mereka bersuara juga akan terhapus kelak?