Rabu, 6 Mac 2013

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG DAP OLEH MELAYU ISLAM (2)

Pada tahun 1964, PAP telah meletakkan calon dalam pilihanraya umum dan mereka telah bertanding untuk 9 kerusi parlimen pada ketika itu.

Diantara 9 kerusi tersebut, PAP hanya memenangi 1 kerusi melalui calonnya C.V. Devan Nair di kawasan parlimen Bangsar.

Penyertaan PAP ini telah mendapat tentangan dan bantahan keras daripada parti Perikatan.

Ini kerana, PAP cuba untuk menggantikan MCA dan cuba menjadi sebagai juara bagi suara kaum Cina di Malaysia.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar pada ketika itu telah ditinggalkan oleh PAP dan beliau telah cuba menghidupkan PAP dengan menggunakan nama baru iaitu Parti Tindakan Rakyat Malaysia namun ianya ditolak oleh pendaftar pertubuhan.

Pendaftar pertubuhan menolak permohonan Devan Nair kerana beliau menggunakan nama PAP untuk ditubuhkan dan Pendaftar Pertubuhan menolak kerana ianya akan mengelirukan orang ramai.

Oleh itu Devan Nair telah menggunakan nama DAP atau Parti Tindakan Demokratik sebagai ganti nama PAP.

Pada 3 March 1966, prndaftar pertubuhan sekali lagi menolak permohonan penubuhan DAP melalui surat kerana perlembagaan parti tersebut yang tidak selaras dengan peraturan dan undang undang pendaftar persatuan.

Jelas disini menunjukkan bahawa DAP adalah parti serpihan PAP yang telah meninggalkan ahli parlimen mereka dan agenda untuk memecahkan undi orang Melayu bermula di situ.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: