Rabu, 6 Mac 2013

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG DAP OLEH MELAYU ISLAM (1)

Ini adalah antara perkara yang perlu diketahui oleh orang Melayu Islam tentang DAP khususnya kepada para pengikut PAS yang terlalu taksub dengan parti tersebut.

DAP telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan ia sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti yang dipimpin oleh Lee Kwan Yew).

Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia telah menimbulkan konflik diantara kerajaan Perikatan pada ketika itu dengan parti PAP.

Ini kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan mereka memperkenalkan slogan Malaysian Malaysia iaitu kesamarataan dalam semua kaum di Malaysia.

Oleh kerana sentimen perkauman yang dimainkan oleh PAP ini, maka Singapura disingkirkan dari Malaysia pada tahun 1965.

PAP seterusnya memohon supaya terus bergiat aktif sebagai parti politik di Malaysia namun permohonan itu telah ditolak.

Jadi oleh yang demikian, PAP mengambil inisiatif untuk membuka cawangan mereka di Malaysia iaitu DAP untuk meneruskan agenda politik mereka di Malaysia.

PAP telah berjaya melahirkan proksi mereka di Malaysia bagi mengatur strategi politik mereka iaitu memecahkan undi orang Melayu yang menjadi undi majoriti dan juga untuk memecahkan penguasaan Melayu dalam politik tanah air.

Jadi untuk apa kita menyokong DAP sedangkan kita telah mengetahui apa agenda mereka yang sebenarnya.

PAS hari ini menyokong DAP dan menjadi rakan sekutu didalam politik mereka, dan ini menunjukkan bahawa PAS lupa atau sengaja untuk melupakan sejarah ini demi kuasa politik yang diidamkan oleh mereka.

Pemimpin pemimpin PAS juga tahu akan perkara ini namun mereka berdiam diri demi untuk mendapatkan kuasa memerintah sedangkan jika PAS menjadi salah satu punca kemenangan Pakatan Pembangkang akhirnya nanti PAS sendiri akan disingkirkan dari pakatan tersebut.

Ini kerana DAP hanya akan mengikut kata dari ikon mereka iaitu PAP, dan sudah pasti agenda PAP iaitu mendominasi politik bukan Melayu akan tercapai dengan jayanya dan sekaligus mereka akan menidakkan hak orang Melayu di dalam tanah air.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: