Semalam Perdana Menteri telah pergi ke Sabah untuk melihat sendiri situasi yang sedang berlaku.
Walau pun begitu, Sangkakala merasakan bahawa pemergian Perdana Menteri ke Sabah adalah untuk menyuntik semangat pasukan keselamatan yang sedang berjuang disana.
Dengan pemergian ini, anggota keselamatan akan merasa berbesar hati dan merasakan bahawa perjuangan mereka mendapat pengiktirafan dari pucuk pimpinan tertinggi negara.
Ketua Polis Negara dan juga Panglima Angkatan Tentera Malaysia mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih mewakili semua anggota keselamatan yang berada di medan pertempuran atas semangat yang diberikan oleh Perdana Menteri.
Dengan kehadiran Perdana Menteri ke Sabah, jelas menunjukkan bahawa beliau tidak akan sewenang wenangnya melepaskan tanggungjawab terhadap negara hanya kepada pasukan keselamatan bahkan beliau sendiri telah turun untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi.
Inilah contoh kepimpinan yang terbaik yang harus dipilih oleh semua lapisan rakyat di Malaysia bukan dengan cara memilih mereka yang memperkotak katikkan perjuangan para perajurit tanah air.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan