Jumaat, 8 Mac 2013

PEMIMPIN PAS TAKUT MATI RUPANYA

Sangkakala sangkakan mereka yang selalu mengatakan tentang agama ni berani untuk mati syahid, tapi jelas menunjukkan bahawa ketakutan mereka lebih teruk dari tikus yang sedang berhadapan dengan kucing.

Dimana pemimpin PAS pada ketika ini? Kenapa Hadi Awang tak keluarkan amanat untuk menentang penceroboh di Lahad Datu, atau mungkin mereka kini sedang memikirkan yang perancangan Anwar sudah menjadi haru biru dan tidak seperti yang dirancang.

Jika kira kira 30 tahun lalu Hadi pernah mengatakan syahid sekiranya berjuang menentang Barisan Nasional atau lebih tepat lagi UMNO, namun kini beliau hanya berdiam diri.

Ini menunjukkan bahawa keselamatan negara tidak menjadi objektif utama pakatan pembangkang apatah lagi kita telah mendengar pelbagai kata cerca dari pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa insiden di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO.

Dan ini adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan seolah olah mereka juga mencabar kedaulatan negara.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: