Jumaat, 8 Mac 2013

CUBAAN PENCEROBOH MASUK KE SABAH GAGAL

Polis Filipina telah mengesahkan bahawa mereka telah menghalang sekumpulan orang Filipina dari memasuki Sabah melalui Bongao.

Bongao adalah sebuah bandar di wilayah Tawi-Tawi, Filipina. Ia terletak kira-kira 150km di timur Lahad Datu.

Nampaknya pengikut kesultanan Sulu tidak akan berputus asa untuk menakluki kawasan Lahad Datu, tetapi perlu di ingat bahawa pihak keselamatan Malaysia tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka ini.

Dalam keadaan itu juga, Jamalul Kiram yang menjadi dalang utama pencerobohan ini berkata bahawa mereka tidak boleh untuk menghalang pengikut mereka dari terus ke Malaysia dan bagi Sangkakala itu adalah ayat untuk menaikkan lagi semangat pengikut beliau agar terus menceroboh masuk.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: