Cuba kita lihat gambar diatas, betapa hebatnya budaya samseng yang dilakukan oleh puak puak pakatan pembangkang.
Ini adalah gambar gambar kejadian dalam kekecohan yang terjadi di Bukit Katil malam tadi.
Pengikut pakatan pembangkang yang hadir semasa ceramah Anwar melakukan provokasi terhadap pengikut Barisan Nasional yang juga hadir untuk mendengar ceramah Ummi Hafilda dan Lokman Adam tidak jauh dari tempat mereka berceramah.
5 anggota polis turut tercedera dan gambar diatas menunjukkan seorang anggota polis menerima rawatan di sebuah pusat perubatan berhampiran tempat kejadian.
Pengikut pengikut pakatan pembangkang yang dikatakan datang dari luar kawasan Bukit Katil dikatakan melakukan provokasi melampau hingga terjadinya pergaduhan dimana pihak FRU turut sama dikejarkan ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan