Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang dan juga telah mengeluarkan fatwa serta menetapkan bahawa para perajurit yang gugur di medan pertempuran baru baru ini adalah Syahid akhirat.
Ini kerana kesemua mereka itu gugur dalam usaha menjaga keamanan negara dan mereka terbunuh sewaktu bertempur.
Semoga dengan kenyataan ini, tidak ada pula lagi suara suara sumbang yang mempertikai kematian anggota polis ini sepertimana yang di keluarkan oleh pemimpin pembangkang (bukan islam) dan yang Islamnya pula perlu untuk memberi nasihat kepada rakan mereka bahawa perkara ini tidak boleh dijadikan bahan mainan.
Kita semua berasa sedih dengan kematian anggota keselamatan ini, namun masih ada pihak yang cuba mempolitikkannya dengan mengeluarkan hujah hujah yang tidak sepatutnya dikeluarkan.
Kenyataan kenyataan mereka amat memilukan dan ianya tidak menghormati keluarga para perajurit yang tewas di medan pertempuran di Lahad Datu Sabah.
Ini sebenarnya berpunca daripada sikap pembangkang yang selama ini akan sentiasa menjadikan satu satu kisah itu sebagai mainan politik mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan