Sabtu, 2 Mac 2013

PENYERAHAN BENDERA DI DUN ASAHAN MEMBERANGSANGKAN

Hari ini telah diadakan penyerahan bendera gergasi kepada Pusat Daerah Mengundi di DUN Asahan oleh Suhaizan Noh, Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Asahan merangkap Pengerusi belia 4B kawasan Alor Gajah.

Program yang membabitkan hampir 200 orang itu dilihat amat memberangsangkan yang mana rata rata yang hadir dalam program tersebut terdiri dari golongan golongan muda.

Di dalam DUN Asahan sahaja terdapat kira kira 11 Pusat Daerah Mengundi dan kesemuanya sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Nampaknya pembangkang sudah pasti merasa gundah dengan kelibat ahli ahli parti komponen Barisan Nasional ini dan sudah pastinya keinginan mereka untuk menakluki kawasan DUN tersebut akan berkubur begitu sahaja.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: