Ahad, 3 Mac 2013

PEMBANGKANG JANGAN PERTIKAI TINDAKKAN KERAJAAN

Semalam YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa penceroboh Lahat Datu Sabah telah diberi kata dua oleh kerajaan Malaysia iaitu mereka meletakkan senjata atau menerima tindakan dari pasukan keselamatan.

Sangkakala memandang cuma pada satu keadaan iaitu akan ada bunyi sumbang dari pembangkang yang pasti akan mempertikai tindakan kerajaan sekiranya tindakan menyerang pasukan penceroboh berkenaan.

Seperti mana kes Memali beberapa puluh tahun yang lalu, ianya dijadikan bahan politik dengan mengatakan kekejaman serta kezaliman kerajaan.

Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah, polisi kerajaan telah menetapkan bahawa rundingan adalah perkara utama dan sekiranya sudah tiada jalan penyelesaian, barulah tindakan akan diambil.

Tapi seperti mana biasa, pembangkang akan terus memainkan sentimen dengan menyalahkan kerajaan dalam setiap keadaan dan situasi yang dilakukan atau yang berlaku.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: