Ahad, 3 Mac 2013

ADA YANG SALAHKAN @HishammuddinH2O SEBAB LAMBAT BERTINDAK

Sangkakala tengok dalam twitter malam ni ada beberapa orang yang menghentam Datuk Seri Hishamuddin Husein kerana dikatakan lambat bertindak keatas penceroboh Lahat Datu Sabah.

Apa yang Sangkakala rasakan ialah, tidak perlu untuk menyalahkan sesiapa, lebih baik kita berdoa kepada Allah supaya keadaan di Lahat Datu tenang dan selamat.

Anggota keselamatan mempunyai perancangan tersendiri dalam menangani isu isu sebegini dan mereka juga mempunyai strategi dalam menyelesaikan konflik tersebut.

Pihak keselamatan tidak boleh menggunakan kekerasan secara terdrastik kerana ia melibatkan banyak pihak apatah lagi mengikut laporan terdapat kanak kanak serta kaum wanita di tempat tersebut bersama sama dengan pengganas.

Mungkin rakyat ada yang merasakan bahawa Kementerian Dalam Negeri lambat melakukan kerja kerja serangan keatas pengganas ini namun setiap langkah perlukan satu perancangan yang teliti agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Lagi satu perkara ialah, kita mempunyai pegawai pegawai yang mampu untuk bertindak mengikut keadaan dan bukannya mengikut perasaan.

Dan untuk makluman juga, Presiden Filipina sendiri telah mengeluarkan amatran kepada pihak tentera diraja sulu supaya menyerah diri agar tiada lagi pertumpahan darah berlaku.

Pihak keselamatan Malaysia juga sudah mengeluarkan amaran kepada penceroboh sekiranya mereka tidak menyerah maka tindakan yang agak drastik akan diambil.

Kerajaan Malaysia sebenarnya boleh bertindak dengan lebih ganas, tetapi perlu diingat bahawa kita menyokong keamanan dan menolak keganasa apatah lagi di rantau asia.

Untuk itu, marilah kita sama sama berdoa agar kisah ini dapat ditamatkan dengan seberapa segera dan tanpa melibatkan lebih banyak nyawa yang akan terkorban.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: