Jumaat, 8 Mac 2013

PAS HIPOKRIT TUBUH JAWATANKUASA RETORIK

Sangkakala tertarik dengan satu blog rakan blogger Sangkakala yang mengeluarkan satu artikel tentang penubuhan jawatankuasa oleh PAS yang dikatakan untuk menjaga kedaulatan, keselamatan segala bagai.

Baca disini http://bit.ly/16cT85u

Sangkakala beranggapan bahawa penubuhan jawatankuasa ini hanyalah wayang yang dilakukan oleh PAS setelah kemelut di Lahad Datu hampir selesai.

Kalau nak dikatakan PAS menjaga kedaulatan, Sangkakala rasa semua orang tau bahawa bekas Menteri Besar Perak pernah mengeluarkan sembah derhaka terhadap Sultan Perak dan beberapa ADUN di Johor pernah dihalau keluar dewan oleh Almarhum Sultan Iskandar semasa perasmian sidang DUN di Negeri tersebut.

Itu ke yang dimaksudkan oleh PAS dengan menjaga kedaulatan? Kedaulatan yang macam mana mereka maksudkan?

Memang PAS boleh dilabel sebagai parti retorik yang sanggup bermuka muka dalam usaha mendapatkan undi dari pengundi.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: