Jumaat, 8 Mac 2013

NIK AZIZ BERJALAN 3 SILINDER

Seperti sebuah kenderaan lama, hendak dibuang ianya antik, hendak diguna ianya dah uzur, jadi lebih baik dibiarkan sahaja cuma digilap elok elok dan diletakkan didalam garaj.

Itu lah yang boleh kita anggap terhadap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz yang kini dilihat terlalu uzur namun masih lagi mahu menjadi wakil rakyat dengan alasan rakyat masih berkehendakkan beliau.

Tidak seperti kepimpinan UMNO yang akan sentiasa meletakkan orang orang baru sebagai calon bagi setiap PRU yang diadakan.

Nik Aziz juga kalau di ibaratkan sebuah kereta ianya sudah bergerak dengan 3 silinder, nak bergerak laju sudah tidak mungkin nak bergerak perlahan akan ketinggalan jauh ke belakang.

Tapi oleh kerana keantikan kereta tersebut, maka ianya digilap dan tetap juga dibawa walaupun hanya ke kedai sekadar membeli ikan masin.

Sangkakala bukan menghina Tuan Guru Nik Aziz, tapi cuba kita lihat keadaan diri beliau, sepatutnya dengan umur sebegitu, beliau sudah merehatkan diri di rumah dan bermain dengan cucu cucu atau mengajar mereka mengaji kerana Nik Aziz juga tidak kurang hebatnya dalam ilmu pengajian Al-quran.

Apa yang mengecewakan ialah beliau seolah olah tidak akan bersara dan terlalu rakus dalam mencari sesuatu melalui jawatan beliau selaku Menteri Besar.

Apakah ada udang disebalik batu yang membuatkan beliau cukup takut untuk melepaskan jawatan dan kita melihat bahawa beliau seolah olah risau juga sekiranya Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Apa agaknya yang ada dalam bilik Menteri Besar yang diduduki oleh Nik Aziz kini sehingga beliau ketakutan sebegitu?

Kita sama sama tunggu dalam PRU akan datang dan mudah mudahan Kelantan akan kembali ke tangan Barisan Nasional demi meneruskan kesinambungan kemajuan negeri tersebut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: