Jumaat, 8 Mac 2013

JAMALUL KIRAM CUBA PERBODOHKAN MALAYSIA

Jamalul Kiram, orang yang mendakwa bahawa beliau adalah sultan Sulu yang mengatakan bahawa satu gencatan senjata dilakukan diantara Tentera Malaysia dengan penceroboh dari Filipina semalam.

Namun menurut Ketua Polis Negara, tidak ada tanda tanda bahawa penceroboh akan meletakkan senjata dan ini menunjukkan bahawa dakwaan Jamalul hanya untuk menyedapkan hati pihak kerajaan Malaysia.

Mungkin beliau menyangkakan bahawa pihak ketenteraan dan keselamatan Malaysia begitu bodoh dan termakan dengan apa yang beliau katakan.

Kenyataan tersebut juga mungkin untuk menyelamatkan pengikut beliau dari terus digempur dan diburu oleh pihak keselamatan negara.

Seperti kata YB Datuk Seri Zahid Hamidi, kita tidak akan menerima gencatan senjata sehinggalah mereka (penceroboh) meletakkan senjata dan menyerah diri.

Dan ini adalah prinsip yang diguna pakai oleh kerajaan pada ketika ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: