Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai Jeneral Politik PKR berkuat kuasa serta-merta.
Sangkakala dah rasa PKR ni macam parti komunis pulak, siap ada jeneral politik, kalau parti yang menggunakan taktik peperangan gerila mungkin juga le ada gunakan jeneral, tapi ada ke PKR macam tu juga?
Apa pun Sangkakala dapat merasakan bahawa Tan Sri Md Hashim telah digula gulakan dengan jawatan tinggi di dalam kabinet sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah.
Tapi adakah itu akan menjadi kenyataan? Sedangkan kita semua tahu bahawa Anwar akan menjanjikan bulan dan bintang demi mencapai matlamat beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
Lagi satu yang Sangkakala hairankan ialah, apabila PKR begitu kuat menghina apa yang dilakukan oleh anggota keselamatan, bekas pemimpin tertinggi ATM tersebut masih lagi sudi untuk menyokong kepimpinan parti tersebut.
Adakah beliau selama ini tidak langsung mempunyai sifat patriotik dalam diri dan sanggup bersekongkol dengan pihak yang menghina satu angkatan yang pernah di perintah oleh beliau.
Semoga Tan Sri Hashim sedar dengan apa yang beliau lakukan dan sedar bahawa perjuangan bekas anak anak buah beliau perlu di beri pengiktirafan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan