Isnin, 4 Mac 2013

@hannahyeoh RUPANYA TAK RETI GUNAKAN BAHASA MELAYU

Sangkakala terbaca dalam twitter tentang YB Hannah Yeoh yang bertanya kepada pemuda UMNO Malaysia sama ada beliau tau atau tidak tentang kes langgar lari yang mengakibatkan kematian seorang wanita kaum cina.

Jelas didalam gambar diatas bahawa kenderaan tersebut berada di belakang mangsa yang terbunuh.

Adakah itu dikatakan langgar lari? Atau Hannah Yeoh sengaja ingin meniup api perkauman dan mahu supaya kaum cina terus membenci UMNO?

Sangkakala melihat bahawa Hannah sengaja membuat pertanyaan kepada Khairy Jamaluddin selaku ketua pemuda UMNO supaya perkara ini akan menjadi besar.

Sangkakala teringat lagi satu kes dimana ADUN Sekinchan telah melanggar seorang pemuda Melayu tak berapa lama dahulu dan Hannah Yeoh mahu pun mana mana parti pembangkang tidak pula bertanya kepada pemimpin mereka.

Gambar gambar diatas juga jelas menunjukkan pertanyaan oleh Hannah Yeoh kepada Khairy Jamaluddin langsung tiada asas dan ianya dilihat sebagai berniat jahat.

Sangkakala tulis begitu kerana beliau menanyakan tentang kes langgar lari dan pembaca juga boleh melihat dengan jelas apa yang diperkatakan oleh beliau sama atau tidak dengan keadaan di dalam gambar.?

Sangkakala dimaklumkan bahawa satu laporan kemalangan juga telah dibuat dan ianya juga jelas menunjukkan bahawa kejadian tersebut bukanlah kes langgar lari.

Baca tweet Hannah Yeoh di sini
http://bit.ly/VZ7Mct

Jadi kepada YB Hannah Yeoh, baik pegi belajar di sekolah rendah kebangsaan semula untuk mendapatkan ilmu berbahasa melayu.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: