Rabu, 6 Mac 2013

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG DAP OLEH MELAYU ISLAM (6)

Setelah memenangi kerusi kerajaan negeri Selangor, pelabagai perkara telah berlaku dan kebanyakan ianya menghina kaum kaum Melayu serta agama Islam di negeri tersebut.

ADUN DAP, Teresa Kok sebagai contohnya yang telah mengarahkan supaya Bilal di sebuah Masjid di Selangor memperlahankan alat pembesar suara ketika melaungkan azan kerana menurut beliau azan tersebut mengganggu ketenteraman awam.

Dan dengan kerana itu, beliau telah ditahan di bawah ISA yang mana perbuatan beliau itu didakwa mengancam keselamatan negara kerana sikap biadap dan mulut celupar beliau tersebut, boleh mengakibatkan kemarahan di kalangan penduduk Melayu dan Islam di negara ini.

Cuba pembaca renungkan, itu baru memerintah beberapa buah negeri, mereka sudah mula menunjukkan belang, jika mereka diberi mandat untuk memerintah negara? Sudah pasti segala perkara berkaitan agama Islam akan disekat serta di halang.

ADUN yang sama juga telah melancarkan politik di dalam sebuah masjid iaitu Masjid Nurrussadah di Cheras dan bukan itu sahaja, beliau juga telah mengenakan pakain yang tidak sopan (menutup aurat) semasa berada di dalam masjid tersebut.(Gambar 1)

Dan Insiden paling membuatkan Sangkakala merasa benci pada DAP ialah, apabila Teresa Kok memanggang 5 ekor babi pada 19 Mac yang mana 5 ekor babi tersebut adalah melambangkan 5 buah negeri yang telah mereka menangi dalam PRU12.(Gambar 2)

Pada 22 Ogos 2010 pula, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP) kawasan Serdang Selangor telah pergi ke Surau Al-huda Kajang dan memberikan 'tazkirah' serta menyampaikan sumbangan. (Gambar 3 dan 4)

Apa maksud menyampaikan tazkirah tersebut?

Cuba kita fikirkan kembali, kenapa Teresa Kok melakukan semua ini? Adakah ianya untuk menaikkan semangat kaum Cina untuk terus bersama mereka dalam merealisasikan agenda perjuangan chauvinism meraka di Malaysia.

Dan adakah 5 ekor babi tersebut melambangkan bahawa beliau menyamakan 5 buah negeri ini sama dengan haiwan tersebut.

Itu juga sebab mengapa kita harus menolak mereka dari menjadi kerajaan ataupun sekutu kepada parti PAS mahupun PKR.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: