Rabu, 6 Mac 2013

PM MENGAMUK TIAN CHUA LARI TAK CUKUP TANAH

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Perdana Menteri, telah mengarahkan tindakan undang-undang ke atas pihak yang telah mengaitkan Umno terhadap insiden di Lahad Datu.

"Ini kerana segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno," ujar beliau

Tindakan Tian Chua bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.

Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang UMNO terhadap Tian Chua.

Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula kelmarin untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Umno.

Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan ganti rugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh UMNO.

Diminta mengulas lanjut, Tian Chua berkata, "tentang saman ini... saya saman mereka, UMNO saman saya tidak akan menyelesaikan masalah.""Kita ada masalah yang lebih serius. Negara, kita kena bersatu dalam soal ini.

Baru sekarang Tian Chua nak fikir ada masalah lebih besar daripada saman menyaman ni?

Kalau dulu kita lihat pembangkang akan mengeluarkan saman sekiranya ada dikalangan penyokong kerajaan mengeluarkan kenyataan dan kini apabila beliau pula disaman, maka beliau mengatakan saman itu perkara kecil.

Sama juga dengan ketua pembangkang yang memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan juga TV3 kerana dikatakan memfitnah beliau dalam konspirasi di Lahad Datu.

Jadi Tian Chua sekarang dah nak cuba lari hingga tak cukup tanah, selama ini Perdana Menteri hanya berdiam diri, namun mungkin kali ini Tian Chua akan berhadapan dengan satu situasi yang amat getir setelah kenyataan kenyataan beliau terhadap UMNO di ambil tindakan oleh UMNO dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: