Dalam akhbar Utusan tertulis bahawa penduduk kampung telah membelasah seorang penceroboh yang dikatakan keluar dari tempat persembunyian dan melepaskan beberapa das tembakan dalam insiden di Kampung Senallang Lama, Semporna Sabah.
Setinggi tinggi penghargaan untuk penduduk kampung tersebut yang begitu berani mempertahankan maruah tanah air mereka walau pun penceroboh berkenaan lengkap bersenjata M16.
Bagi Sangkakala itu adalah contoh dimana rakyat mempertahankan kampung mereka dari diceroboh apatah lagi pengganas tersebut memekik sambil berkata bahawa beliau telah membunuh anggota polis dan ini mungkin membuatkan penduduk kampung tersebut berang dan bertindak memukul beliau sampai mati.
Bagi Sangkakala tindakan tersebut amat wajar dan ianya perlu dihargai dan dihormati, tapi nanti jangan pulan ada yang mempertikaikan tindakan penduduk kampung tersebut terutamanya pembangkang yang bertambah celupar mulut memperkata serta memperlekeh kewibawaan pasukan keselamatan Malaysia.
psstt..Sangkakala suka orang kampung yang berani
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan