Ahad, 12 Januari 2014

TENGOK GAMBAR BOLEH BUAT KEMBANG TEKAK !!!

Ini le kisah yang berlaku di Selangor, diam tak diam, rizab yang dikatakan berbilion ringgit sebenarnya adalah hasil daripada kebajikan rakyat yang dinafikan.

Cuba lihat gambar dibawah yang Sangkakala ambil semalam disalah satu kawasan yang diselenggara oleh MPPJ.


Cuba lihat betapa kotornya kawasan belakang bangunan ni, dan gambar ini Sangkakala ambil dari sebuah gerai makan dikawasan tersebut. 

Dengan sampah yang bertaburan, dengan air dalam lopak yang kehitaman dan bau yang agak kurang menyenangkan sudah pasti sesiapa juga yang datang ke gerai makan ini akan kembang tekak untuk menjamu selera.

Persoalannya disini, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam menangani permasaalahan sebegini?

Sangkakala ada bertanya kepada peniaga yang berniaga dikawasan sekitar sama ada mereka ada membuat laporan kepada MPPJ atau tidak, kebanyakan mereka mengatakan sudah acap kali mereka membuat laporan dan sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh PBT tersebut.

Sangkakala percaya dan yakin bahawa permasaalahan ini juga yang menjurus kepada merebaknya pelbagai wabak di Selangor seperti denggi dan kencing tikus yang mampu meragut nyawa.

Agaknya kerajaan Selangor lebih suka rakyatnya diserang penyakit daripada mereka mengeluarkan belanja untuk memperbaiki keadaan yang bermasaalah ini.

Sangkakala juga percaya, jika semua infrastruktur ini dibaik pulih, maka ini akan memberikan peluang kepada kemerosotan rizab simpanan kerajaan Selangor yang bernilai berbillion ringgit.

Apa guna ada simpanan kalau nyawa rakyat berada dalam keadaan berisiko tinggi seperti sekarang.

Mungkin juga pemimpin Selangor tidak mengambil peduli masalah kesihatan rakyat ini kerana, banyak hospital hospital kerajaan yang dibina oleh kerajaan pusat untuk rakyat Selangor mendapatkan rawatan dengan kadar seminimum mungkin. 

Sangkakala juga yakin bahawa perkara ini tidak sahaja berlaku di kawasan bawah jagaan MBPJ malah ianya juga berlaku di kawasan kawasan lain dalam Selangor. 

Walau apa pun, tahniah Sangkakala ucapkan kepada pengundi yang mengundi pakatan pembangkang untuk menerajui kerajaan negeri Selangor kerana, undian anda telah membuatkan kaum keluarga anda dibayangi dengan virus virus yang mampu meragut nyawa mereka.



Tiada ulasan: