Rabu, 15 Januari 2014

SETUJU DENGAN SIR AZRI !!! JABATAN MEDIA SOSIAL PERLU KEMAHIRAN TINGGI

Sangkakala setuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabat blogger themalayright ni.




Bagi Sangkakala, ini adalah luahan dari hati seorang penulis yang selama ni mempertahankan UMNO dari serangan pembangkang dan apabila pelbagai kecaman dan ketidak pengiktirafan diberi kepada mereka, Sangkakala juga rasa itu tak adil.

Ini semua adalah gara gara sebuah jabatan yang dipanggil Jabatan Media Sosial yang kononnya telah ditubuhkan sejak sebelum pilihanraya lagi.

Apa yang Sangkakala nak persoalkan disini ialah, jika ianya sudah dimulakan sejak dari sebelum adanya pilihanraya, adakah ianya berkesan semasa pilihanraya?

Sudah 2 kali pilihanraya kecil berlangsung selepas pilihanraya umum yang lalu dan apa yang Sangkakala lihat, tidak pula kelihatan atau kedengaran di telinga yang mengatakan Jabatan ini menghantar jentera.

Sangkakala rasa penubuhan Jabatan Media Sosial ini janganlah dijadikan bahan untuk segelintir kroni kepimpinan mengambil kesempatan dan perlu juga diingat bahawa penggiat media yang bebas ini lebih ramai jumlahnya dan mereka ini ada pengikut sendiri.

Ada juga Sangkakala dengar bahawa Jabatan Media Sosial ini dikendalikan oleh orang bawahan kepada Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri. 

Apa track record yang menjadi piawaian sehingga dia terpilih dan apakan kepakaran yang ada pada pengarah JMS peringkat kebangsaan ni dalam media sosial?

Kalau takde kemahiran tu rasanya tak perlu lah nak diletakkan disitu sebab nanti akan merosakkan parti dan tidak efektif dalam melawan tohmahan pembangkang.


Tiada ulasan: