Isnin, 6 Januari 2014

AGENDA KRISTIAN KATOLIK YANG TERSIRAT !!! PEMBANGKANG MENYEPIKAN DIRI !!!

Mungkin ramai yang tidak perasan dengan kehadiran lambang lambang kristianisasi dalam kehidupan masyarakat seharian.

Dan mungkin juga ada yang perasan tetapi tidak mengambil peduli kerana kononnya lambang tersebut tidak membawa apa apa makna.


Kristian hari ini seolah olah telah belajar bagaimana untuk menyebarkan propaganda melalui pakaian dan cara kehidupan sepertimana yang dilakukan oleh parti komunis malaya (PKM) satu masa dulu.

Cuba kita lihat gambar diatas, bagi Sangkakala,  mungkin si pemakai baju tersebut perasan bahawa baju itu mengandungi lambang salib yang menggantikan huruf  T dalam perkataan di belakang baju beliau tetapi terus memakainya kerana merasakan bahawa ianya tidak mendatangkan apa apa masalah.

Ada kemungkinan juga beliau tidak menyedari bahawa baju tersebut mengandungi lambang salib kerana tidak peka dengan cara pemakaian.

Begitu juga dengan provokasi yang dilakukan oleh pihak gereja katolik melalui paderi Lawrence Andrew yang sengaja mencabar titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan mana mana pihak bukan islam menggunakan kalimah Allah dan juga mencabar peruntukan undang undang negeri Selangor yang tidak membenarkan 35 perkataan dalam Islam digunakan oleh bukan Islam termasuklah perkataan Allah itu sendiri.

Ini semua bagi Sangkakala hanyalah untuk menguji sama ada umat Islam di negara ini bersatu menentang mereka atau masih ada pihak yang mahu bersama sama mereka.

Tapi apa yang menyedihkan ialah ada dikalangan anak bekas pemimpin yang menyokong apa yang dilakukan oleh paderi ini dengan cara hadir ke gereja katolik semalam dengan alasan kalimah Allah boleh digunapakai oleh semua orang.


Gambar diatas menunjukkan Datin Paduka Marina Mahathir pergi ke gereja katolik semalam untuk menyatakan sokongan kepada gareja Katolik yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah.

Ini adalah satu perkara yang amat menyedihkan kerana bekas Perdana Menteri yang juga merupakan bapa beliau adalah orang yang berjuang mempertahankan bangsa Melayu serta agama Islam.

Klik gambar untuk video
Mengikut daripada apa yang diperkatakan oleh Dr Zakir Naik dalam video diatas, kufur bagi mereka yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan islam.

Tetapi dari segi politik, pemimpin Islam di Malaysia dari kalangan pembangkang menyetujui apa yang hendak dilakukan oleh gereja katolik dalam penggunaan kalimah Allah ini.

Sangkakala juga memetik kata kata Dr Haron Din yang pernah mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah tidak boleh dibenarkan kepada orang bukan islam di Malaysia.

Baru baru ini Sangkakala terbaca dalam ruangan komen seorang rakan facebook berkenaan dengan penggunaan kalimah Allah ini oleh bukan islam yang mana beliau mengatakan "kita perlu percaya bahawa Allah itu adalah Tuhan kepada semua makhluk".

Ini Sangkakala tidak nafikan tetapi adakah mereka yang bukan beragama Islam itu percaya bahawa Allah itu adalah tuhan mereka?

Bagi Sangkakala, sekiranya mereka tidak mempercayai bahawa Allah itu adalah tuhan mereka, kenapa mereka masih mahu menggunakan kalimah tersebut bagi menggantikan nama tuhan mereka.

Semua ini sebenarnya adalah kerana politik dan keberanian mereka untuk terus melakukan provokasi penggunaan kalimah Allah juga adalah disebabkan oleh segelintir pemimpin pembangkang yang menyokong tindakan mereka.

Walaupun telah didesak oleh orang Islam supaya mereka tidak menggunakan kalimah tersebut, tetapi pihak gereja katolik masih berkeras mahu meneruskan penggunaan kalimah Allah kerana mereka amat yakin apabila pemimpin pembangkang terus menyokong mereka termasuklah anak kepada bekas pemimpin kerajaan dan ini adalah punca kenapa mereka ini semakin besar kepala.

Umat Islam di seluruh Malaysia seharusnya bersatu dalam perkara ini kerana perkara yang melibatkan agama tidak boleh diperkotak katikkan dan ianya bagi Sangkakala tidak bokeh dijadikan bahan gurauan oleh mana mana pihak.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah jelas tertulis dibaju tu pengakuan bertuhankan CHRIST. Budak budak melayu sekarang ramai yang biol senang dijadikan keldai oleh kafirin.