Selasa, 28 Januari 2014

#prkkajang PEMUDA PAS BOIKOT PRK KAJANG !!! PERGOLAKAN MAKIN NYATA !!!

Sudah geharu cendana pula, itu kiasan dan bidalan yang paling layak Sangkakala berikan kepada Pemuda PAS Selangor yang mengatakan bahawa mereka akan memboikot pilihanraya kecil DUN Kajang yang di kosongkan semalam oleh penyandangnya yang juga merupakan bendahari AMK.


Takkan pemuda PAS tak boleh nak hidu apa pendekatan yang sedang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan pengosongan kerusi DUN tersebut.

Pemuda PAS Selangor menyatakan ugutan tersebut kerana meminta penjelasan daripada PKR dan macam Sangkakala katakan tadi, penjelasannya ialah Anwar nak bertanding supaya dia dapat menjadi Menteri Besar.

Yang kelakarnya ialah, PAS mempunyai kerusi DUN yang sama banyak dengan DAP dan melebihi kerusi PKR tetapi PKR pula yang memutuskan siapa yang akan menjadi Menteri Besar.

Tak ke memalukan kalau dah macam tu? Dimana maruah pemuda PAS dalam mempertahankan parti?

PAS selaku parti bersekutu dalam pakatan takkan tak terlihat bahawa permainan yang dilakukan oleh Anwar ini sebenarnya adalah untuk kepentingan peribadi beliau membolot segala harta negeri yang ada yang telah dilakukan dan dijayakan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu.

Kini Anwar dengan mudah memperjudikan hasil kerajaan Selangor yang merupakan hak rakyat demi mencapai cita cita beliau untuk kepentingan diri.

Kalau dulu rakyat Selangor tertipu dengan janji janji manis Anwar, kini sekali lagi rakyat akan tertipu dengan apa yang akan dilakukan oleh Anwar di Selangor.

Tambahan pula PAS yang mempunyai kerusi tertinggi bersama DAP masih duduk dicelah kangkang PKR atau seperti lembu dicucuk hidung, mengikut sahaja apa yang diinginkan oleh PKR.

PAS selama ini bukan tidak tahu latar belakang Anwar yang begitu licik sehinggakan beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri satu masa dulu dan PAS sendiri semasa Anwar didalam kepimpinan kerajaan Pusat selalu mengatakan itu dan ini kepada beliau.



Tiada ulasan: