Rabu, 22 Januari 2014

@Khairykj BARU JADI KETUA PEMUDA DAH NAK TUNJUK HEBAT ?? DAH ADA JASA KE ???

Ni apa nak jadi dengan 11 Ketua Pemuda bahagian dari Pahang yang Sangkakala dengar nak pertikai Ketua Pemuda negeri dan siap buat sidang media pulak lagi.


Sangkakala tau semua ni hanya disebabkan oleh jawatan yang diidamkan iaitu jawatan Ketua Pemuda Negeri.

Sangkakala nak bagi tau sikit pada 11 orang ketua pemuda bahagian yang Sangkakala anggap masih berhingus lagi ni.

Untuk melantik Ketua Pemuda Negeri, itu adalah kuasa Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan pada Sangkakala, keputusan tersebut adalah mutlak.

Tak perlu nak buat kenyataan segala bagai mempertikai keputusan pemimpin, kecuali ada perkara yang melanggar etika parti.

Belajar sikit berdepan dengan lawan, bukan mempertikai sesama kawan.

Belajar cara ilmu peperangan dengan lawan, bukannya mengeruhkan keadaan.

Dalam kes ni Sangkakala rasa Khairy Jamaluddin perlu mengambil tindakan tegas sebab ianya melibatkan maruah UMNO khususnya pergerakan pemuda.

Dalam erti kata lain, kalau pertikai pemimpin yang dilantik sama juga mempertikai kepada yang melantik dan ini Sangkakala juga rasa adalah satu tindakan yang agak kurang bijak.

Atau pun ketua ketua Pemuda Bahagian ni tak baca perlembagaan agaknya, apa yang boleh dan apa yang tidak dibuat dalam menjaga tataetika sebagai ahli parti.

Kalau nak berlagak hero pun biarlah kena pada tempatnya, bukan main terjah tak tentu pasal dan mengikut telunjuk orang yang tamakkan kuasa tu.

Yang menerima kerugian ialah kita sendiri, bukannya orang lain.

Dan kepada yang mempunyai cita cita untuk menjawat jawatan tersebut, belajarlah menjadi orang yang bertanggungjawab, bukannya baling batu sembunyi tangan, itu tindakan bacul namanya.

Kepada YB Khairy pulak Sangkakala harap supaya tak melatah dengan kerenah budak budak hingusan ni, banyak agenda lain yang kita kena hadap dalam menentukan kemenangan parti.




Tiada ulasan: