Khamis, 23 Januari 2014

A KADIR JASIN LEBIH TERUK DARI BLOGGER @NajibRazak

Bekas ketua pengarang News Straits Times ni nampaknya lebih teruk dari blogger yang dikatakan tidak membantu Barisan Nasional dalam usaha memenangkan parti.


Kenapa Sangkakala kata macam tu? Sebabnya UNCLE sorang ni bila tak dapat terima jawatan yang diidam idamkan maka melompatlah dia meronta ronta macam duduk dalam kandang.

Macam yang Sangkakala tulis baru baru ni, Kadir Jasin sebenarnya agak terkilan kerana beliau tidak di masukkan sebagai pengerusi Media Prima dan mulalah beliau menghentam kepimpinan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur.

Tapi bila beliau dikritik pula oleh blogger, mula lah beliau mengatakan bahawa blogger UMNO atau ProBN tidak membantu malah memburuk burukkan pemimpin pemimpin muda hingga mengatakan bahawa blogger proBN sedang mencuci seluar dalam sendiri, apa bendanya ni?

Perlu diingat sikit UNCLE, kami ni mengkritik untuk penambah baikan, dan tidak ada langsung berpandukan sumber pendapatan.

Lainlah kalau dah biasa makan gaji lepas tu mengharapkan imbuhan berterusan macam UNCLE masa jadi ketua pengarang akhbar dulu.

Berkenaan dengan penjualan akhbar Utusan Malaysia pula, mungkin di zaman itu ramai pembaca akhbar tetapi dengan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini maka pembacaan akhbar sudah tidak lagi penting untuk mendapatkan berita kerana dengan kehadiran media maya seperti portal dan sebagainya sedikit sebanyak akan mengurangkan penjualan akhbar.

Seperti yang beliau nyatakan dalam gambar dibawah,  UMNO bergantung pada siapa? Jelas menunjukkan bahawa Kadir tidak peka dengan keadaan yang sudah mula berubah.


Seperti yang Sangkakala katakan tadi, Kadir Jasin mungkin tidak mengikuti perkembangan semasa dengan mempertikai penjualan Utusan Malaysia di negara ini dan mempersoalkan kebergantungan UMNO pada siapa.

Sangkakala ibaratkan disini, kalau dulu penjualan akhbar Utusan boleh mencecah 10 ribu naskah tapi kini ianya akan turun kerana kebanyakan rakyat Malaysia sudah mempunyai smartphone yang boleh membuka portal utusanonline dan boleh terus membacanya dimana mana sahaja tanpa perlu mengepit akhbar dicelah ketiak seperti satu masa dulu.

Jadi dengan adanya kecanggihan teknologi ini, maka jualan akhbar Utusan sudah pasti akan jatuh dan tidak ada kena mengena dengan kebergantungan UMNO terhadap akhbar tersebut.

Apa yang penting ialah, rakyat Malaysia masih mendapat maklumat yang tepat disertakan dengan fakta.

Jadi Kadir Jasin tak boleh melihat perkara ini sebagai kejatuhan UMNO dalam media cetak kerana ianya telah digantikan dengan media maya.

Begitu juga dengan blogger blogger proBN yang ada, mereka mengeluarkan fakta fakta tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan dan Sangkakala nak ingatkan kepada Kadir Jasin bahawa Perdana Menteri sendiri mengiktiraf bahawa platform media sosial atau media maya adalah salah satu jentera kepada kemenangan Barisan Nasional.

Tapi mungkin Kadir juga merasa cemburu kepada penggiat penggiat media maya yang boleh dikatakan di berikan sedikit perhatian (bukan gaji) oleh Perdana Menteri.

Berkenaan dengan menyerang beliau sehingga ada yang mengatakan bahawa beliau beristeri 2 dan sebagainya, rasanya Kadir Jasin lebih faham akan keadaan ini dimana apabila beliau menyerang Perdana Menteri maka akan ada orang menyerang beliau,  dan inilah yang dinamakan peperangan.

Ini perlu difahami sedalam dalamnya oleh Kadir Jasin sebagai seorang yang bijak dalam penulisan.

Nanti Sangkakala akan tulis lagi pasal Kadir ni sebab nak tengok juga sejauh mana pemikiran beliau tentang media sosial yang kini menjadi salah satu cara hebahan di dalam negara.

Baca juga entry blog rakan rakan Sangkakala DISINI dan DISINI..



Tiada ulasan: