Isnin, 20 Januari 2014

MBPJ HANTAR GANGSTER KUTIP CUKAI


Sangkakala baru dapat berita yang MBPJ sekarang ni gunakan khidmat gangster untuk kutip cukai taksiran dari rumah ke rumah.

Tapi gangster ni bukanlah dari kalangan kongsi gelap 08/04/21 dan sebagainya, tapi gangster di kalangan kakitangan MBPJ sendiri.

Kenapa Sangkakala kata mereka ni gangster?

Ceritanya macam ni, menurut pemberi maklumat, semalam rumah beliau telah didatangi oleh pagawai yang ditugaskan oleh MBPJ untuk menghantar notis tuntutan bayaran cukai taksiran.

Perlu diingat ye..NOTIS !!!

Tapi si penghantar NOTIS ni pulak minta wang tunai untuk dijelaskan kepada MBPJ.

Mungkin pegawai ni dari kalangan orang buta huruf atau di kalangan yang tak reti membaca hinggakan tak dapat nak bezakan NOTIS atau surat kuasa menuntut wang.

Yang menjadi kemusykilan, pegawai ni nak kutip bayaran secara tunai tetapi mengatakan bahawa resit bayaran akan diberikan pada keesokan harinya iaitu hari ini.

Boleh ke bayaran dibuat kepada pegawai pegawai yang menghantar NOTIS??

Yang menjadi kemarahan si pengadu ni pulak ialah, pegawai wanita yang dimaksudkan menjerit jerit meminta supaya beliau (si pengadu) membuat bayaran kepada beliau.

Nampaknya MBPJ kena buat pemeriksaan keatas semua kakitangan supaya yang gila macam ni di keluarkan daripada menjadi pegawai bertugas sebab gila orang yang didatangi tu belum di kira lagi.

Si pengadu hari ni pergi membuat bayaran di pejabat MBPJ dan terserempak dengan pegawai perempuan ni dan dia buat muka toya pulak macam takde apa apa berlaku.

Sangkakala rasa semalam tu bukan apa, mungkin nak settle hutang laki dia kot, sebab tu le beriya sangat memekik mekik depan rumah orang nak minta wang tunai.

Kes ni jadi di kawasan perumahan Damansara Damai.

Ini le hasil didikan daripada kerajaan pakatan yang memerintah Selangor yang menjadikan pegawai PBT sebagai anjing pemburu mereka untuk mendapat duit bagi menampung gaji Menteri Besar serta exco mereka yang melambung tinggi.



Tiada ulasan: