Isnin, 20 Januari 2014

PENARIKAN SEMULA SAMAN TIAN CHUA TANPA PENGETAHUAN PM @NajibRazak

Betul ke apa yang Sangkakala dengar ni? Ada beberapa pemimpin mengatakan bahawa penarikan saman terhadap Tian Chua yang oleh UMNO diluar pengetahuan Perdana Menteri.

Kalau benar perkara ini berlaku, Sangkakala rasa orang yang sepatutnya diajukan soalan ialah Setiausaha Kerja UMNO Malaysia,  Datuk Rauf.

Dan seorang lagi yang sepatutnya menjawab soalan tersebut sudah tentunya Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tapi bagi Sangkakala mungkin juga ada kebenarannya sebab Perdana Menteri langsung tidak mengeluarkan apa apa kenyataan sebelum penarikan saman tersebut dan hanya gambar Setiausaha Kerja UMNO Malaysia yang keluar bersalaman dengan Tian Chua dengan mengatakan bahawa Ahli Parlimen Batu tersebut telah membuat permohonan maaf.

Tak sampai 2 hari, Tian Chua telah menafikan permohonan maaf tersebut dalam laman twitter milik beliau.

Apa dah jadi ni? Dimana maruah UMNO? Takkan Setiausaha Kerja dan Setiausaha Agung nak diamkan begitu sahaja.

Kalau orang lain yang menbuat keputusan tanpa merujuk kepada jawatankuasa parti Sangkakala rasa mesti dah diambil tindakan disiplin oleh parti.

Tapi takkan kedua dua Setiausaha ini nak dibiarkan sahaja tanpa apa apa tindakan.

Sangkakala rasa macam ada udang sebalik batu pulak dengan kes ni, kalau benar Tian Chua memohon maaf, takkan beliau berani nak keluarkan kenyataan penafian dalam twitter.

Cuba jawab sikit wahai dua orang pemimpin UMNO yang bijak sana.



1 ulasan:

Awanama berkata...

Bukan bijak sana...tapi BODOH..BANGGANG..GOBLOK..TOLOL dan yg perkatan yg seangkatan dengannya...puuuiiihhhh