Jumaat, 10 Januari 2014

MCA MAIN API !!! MELAYU SEDIA MENGGENGGAM BARA !!!

Sangkakala rasa sudah sampai masanya UMNO yang selalu melaungkan slogan hidup Melayu mengkaji semula hubungan politik dengan MCA.


Sangkakala katakan begitu kerana tak nampak lagi yang MCA menghormati sensitiviti orang Melayu dan seolah olah orang Melayu dan agama Islam tidak ada apa apa makna kepada mereka.

Liow Tiong Lai hari ini dikatakan telah mendesak supaya bible dalam bahasa melayu yang dirampas oleh JAIS dipulangkan semula kononnya untuk menjaga hak kebebasan beragama di negara ini.

Sangkakala nak berpesan pada parti komponen yang dah merosot sokongan dari kaum sendiri ini supaya jangan mencampuri urusan orang Melayu sebab nanti takut buruk padahnya.

Kalau MCA sendiri berminat untuk bermain api rasanya orang Melayu sedia menggenggam bara hingga ianya menjadi arang.

Jangan dikejut harimau yang sedang tidur sebab tindakannya tidak akan dapat dibuat jangkaan.

Kalau benar MCA mementingkan kebebasan beragama, sepatutnya Presiden parti itu memanggil pihak (kristian katolik) yang cuba untuk menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka kerana ianya  tifak digunakan di semenanjung selama hampir agama itu bertapak di Malaysia.

Kenapa kini baru puak kristian katolik ini mahu menuntut penggunaan kalimah tersebut dan kenapa tidak sedari dulu lagi?

Adakah MCA juga menyokong mereka menggunakan kalimah tersebut memandangkan daripada apa yang Sangkakala tahu, ramai dikalangan orang cina adalah pengikut agama kristian katolik di Malaysia.

Dan adakah dengan desakan itu maka kebanyakan orang cina yang sudah tidak lagi mempercayai MCA akan berpaling arah dan menyokong MCA? 

Jika perkara ini tidak dapat di sahihkan adalah lebih baik MCA menumpukan usaha untuk mengembalikan kepercayaan bangsa mereka sendiri kepada MCA. 


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah lama benci dengan MCA kerana mereka sebenarnya bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Parti yang tidak ada kuasa ini tak payah dilayan. Buat menyemak ja dalam BN

Tanpa Nama berkata...

Ini parti MCA parti wayang cina yg tak ada org tgk..ofer la ape pun..menyalak la ape pun Cina tak sokong..yg ada hanya syok sendiri,.lay yat chiu utk presiden bru MCA

Tanpa Nama berkata...

WE SUPPORT PEACE BUT WE ARE READY FOR WAR....