Khamis, 30 Januari 2014

"PROJEK ISTANBUL" !!! ANWAR PERJUDIKAN NEGERI SELANGOR @nohomar

Rupanya Anwar ada projek sambilan untuk dilakukan di Selangor yang membuatkan beliau ingin bertanding di Kajang dalam PRK yang akan datang.


Agenda Anwar untuk bertanding seperti yang telah diketahui ramai adalah untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor yang sekarang ini disandang oleh Khalid Ibrahim.

Apabila jawatan Menteri Besar Selangor,  beliau akan menggunakan harta kekayaan dan pendapatan kerajaan Selangor untuk dana parti.

Bagi Sangkakala, ini adalah satu penyalah gunaan kuasa yang mana, harta dan pendapatan kerajaan Selangor adalah hak milik rakyat dan ianya todak boleh digunakan untuk dana parti atau seumpama dengannya.

Sangkakala rasa, bukan hanya dana untuk parti, tapi dana untuk diri dan keluarga juga akan disedut daripada kekayaan dan pendapatan Selangor.

Mungkin bagi pengikut parti Pakatan,  ini tidak menjadi masalah, tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang tidak terlibat dengan politik? Adakah hak mereka juga akan diberikan kepada parti PKR?

Bagaimana pula dengan pengikut PAS? Adakah mereka juga bersetuju dengan apa yang akan dilakukan oleh Anwar setelah beliau memenangi kerusi DUN seterusnya menduduki kerusi Menteri Besar?

Kalau sekarang pun Anwar membuat keputusan tanpa merujuk kepada parti bersekutu, adakah pembahagian harta samun nanti akan diberi sama rata atau dirundingkan terlebih dahulu?

Nampaknya PAS akan menggigit jari lagi kali ni, kerusi yang sepatutnya diduduki oleh wakil PAS dengan undi yang lebih tinggi daripada PKR dirampas oleh PKR dan sudah jelas terbukti Anwar akan menjalankan gerakan mengayakan parti PKR dengan pendapatan negeri Selangor pula.

Sangkakala kenapa projek Istanbul ini dijalankan, ianya adalah untuk menambah kekayaan PKR dan seterusnya Anwar dan satu lagi, jika apa apa berlaku, maka Anwar sudah mempunyai simpanan yang mencukupi untuk melarikan diri.

Jadi kepada pengundi atas pagar yang tidak pedulikan politik, hati hatilah, hak anda kini dalam perhatian Anwar.



Tiada ulasan: