Isnin, 27 Januari 2014

ADUN KAJANG DIPAKSA LETAK JAWATAN !! BAGI ANWAR LALUAN BERTANDING

Sudah tersebar meluas surat perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang baru sahaja 8 bulan menjadi wakil rakyat di Selangor.

Menurut Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh, beliau sendiri tidak dimaklumkan apakah sebab dan alasan keputusan itu dibuat.

Sejak pagi tadi sudah berdendang cerita Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan akan berlaku satu Pilihanraya Kecil (PRK) di Selangor. 

Malah menurut berita itu menyatakan pimpinan PKR sedang memilih kerusi DUN yang "sudah pasti" BN tak boleh menang....

Kalau dilihat dari senario politik terkini sebenarnya ada "banyak" kerusi DUN di Selangor yang BN tak boleh menang. 

Mungkin kerusi DUN Kajang ini dipilih kerana wakil rakyat yang ada sekarang ini bukanlah seorang yang 'outstanding' dan tersohor dikalangan PKR. 

Hanya sebagai 'passenger' dalam kenderaan yang dipandu oleh PKR...

Sekiranya berita ini benar, maka terbuktilah bahawa Azmin Ali bukan pilihan PAS dan DAP di Selangor. Azmin hanya "Jagoan" dalam PKR.


Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: