Jumaat, 24 Januari 2014

JANGAN LIBATKAN ORANG LAIN JIKA MAHU MEMPERTAHANKAN SESEORANG

Sangkakala nampak tadi dalam facebook pertembungan diantara dua rakan yang boleh Sangkakala katakan amat dikenali didalam media sosial.

Apa yang Sangkakala nampak disini ialah, seorang rakan blogger ni menghentam blogger lain dengan mengatakan bahawa blogger yang menghentam Hafarizam didalangi oleh seseorang dan kenyataan yang dikeluarkan boleh ditafsir merujuk kepada siapa.

Sebenarnya, dalam kita mempertahankan seseorang daripada menerima hentaman, janganlah kita kaitkan dengan mana mana individu lain, cukup sekadar kita memberikan fakta kenapa kita perlu mempertahankan orang tersebut.

Orang yang dipertahankan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Hafarizam yang menjadi penasihat undang undang kepada UMNO dan menjadi peguam kepada UMNO dalam kes saman terhadap Tian Chua tahun lepas dan saman tersebut ditarik balik baru baru ini.

Sepatutnya, sebagai seorang penulis yang boleh dikatakan lama dalam bidang penulisan, blogger ni seharusnya dapat membezakan yang mana betul dan yang mana tidak.

Tapi lain pulak yang Sangkakala tengok, dalam artikel beliau jelas menunjukkan seolah olah orang yang menghentam Hafarizam dalam isu saman Tian Chua didalangi oleh seseorang dan tindakan tersebut juga dilihat boleh melaga lagakan diantara orang yang dituduh dengan Setiausaha Agung yang tidak ada kena mengena dalam hal ini.

Tindakan penulis ini juga dilihat mengeruhkan keadaan diantara Setiausaha Agung dengan orang yang dikaitkan.

Kebanyakan ahli UMNO berasa marah dengan tindakan menarik semula saman terhadap Tian Chua kerana dikatakan tidak mendapat restu daripada kepimpinan UMNO Malaysia yang mana mengikut apa yang difahamkan, memang keputusan tersebut tidak diketahui oleh pucuk pimpinan parti.

Dan selaku peguam, Hafarizam sepatutnya merujuk kepada pucuk pimpinan parti dan bukannya dengan setiausaha kerja, ini kerana, keputusan yang dibuat oleh setiausaha kerja parti bukanlah keputusan parti dan ianya dilihat dilakukan secara tergesa gesa.

Blogger tersebut juga mengatakan bahawa hentaman yang dilakukan oleh blogger blogger ini termasuklah Sangkakala ada kait mengait dengan pemilihan lepas.

Apa pulak kena mengena dengan pemilihan? Ini adalah suara dari ahli akar umbi UMNO di peringkat bawahan.

Seperti Sangkalala sendiri, Sangkakala tak bertanding apa apa jawatan dalam parti jadi macam mana pulak nak dikaitkan dengan pemilihan lepas?

Ini adalah tuduhan liar yang dibuat semata mata nak menyelamatkan seseorang iaitu Hafarizam.

Dalam artikel blogger ini juga ada tertulis bahawa hanya blogger yang dibayar sahaja akan mempertahankan tindakan menarik balik saman tersebut dan ianya dikatakan dikeluarkan oleh sesetengah pihak dan itu yang membuatkan beliau kecewa.

Sangkakala rasa Sangkakala bersetuju dengan dakwaan tersebut sebab blogger atau penggiat media maya yang berjuang untuk UMNO dalam insiden Lahad Datu yang menjadi tajuk isu pertelingkahan ini tidak mungkin dapat menerima keputusan penarikan semula saman tersebut dan atas dasar itu juga mereka menghentam Hafarizam.

Satu lagi yang menjadi kemusykilan apabila blogger ini mengatakan bahawa beliau tidak dibayar ialah, dalam kes tersebut ada dua individu yang terlibat Hafarizam dan Setiausaha Kerja UMMNO tetapi beliau tidak mengambil pusing sekiranya seorang Setiausaha Kerja UMNO dihentam, tapi jangan kritik Hafarizam.

Kenapa sorang je yang dipertahankan? Kenapa sorang lagi dibiarkan sedangkan mereka berdua terlibat sama?

Apa pula hubungan diantara blogger yang Sangkakala maksudkan dengan peguam UMNO ni?

Janganlah cuba mempertahankan orang lain dan libatkan orang lain sedangkan perkara tersebut tidak disenangi oleh kebanyakan orang.



Tiada ulasan: