Rabu, 15 Januari 2014

KHALID IBRAHIM BERMAIN KATA !!! BUKTI KERAJAAN SELANGOR CUBA MENIPU RAKYAT

Semalam Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan tentang notis penutupan pusat pembelajaran GIAT MARA dan pusat pusat GIAT ini diberi masa selama setahun sebelum tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kalau diikutkan daripada notis yang diberikan oleh EXCO kerajaan negeri kepada pusat pusat GIAT ini jelas menunjukkan bahawa EXCO yang merupakan YB dari Seri Kembangan mengatakan bahawa pusat GIAT ini menduduki tanah kerajaan negeri secara haram dan mereka diberikan masa selama setahun untuk mengosongkan tanah tersebut.

Tapi apa pula yang dikatakan oleh Menteri Besar Selangor?


Nampak apa yang Khalid katakan disitu? Tiada penutupan GIAT MARA dan hanya akan diambil alih jika tidak tingkatkan prasarana.

Sangkakala nak tanya sikit, prasa
rana yang bagai mana dimaksudkan oleh Khalid dalam hal pusat GIAT ni?

Ada tak kerajaan negeri memberikan garis panduan tentang prasarana yang dimaksudkan? 

Cuba kita lihat pula apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng tentang pusat GIAT yang diberikan arahan supaya ditutup.


Bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng seperti diatas? Ianya amat wajar ditutup kerana tidak memberi manfaat kepada semua kaum?

Bagaimana pula dengan pembinaan kandang babi yang bernilai 100 juta di Selangor? Adakah ianya memberikan manafaat kepada semua kaum?

Mari kita lihat pula NOTIS yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah kepada pusat GIAT di Selayang.


Dalam surat diatas, jelas menunjukkan bahawa pentadbir tanah telah mengeluarkan notis arahan supaya berpindah dan pengosongan tanah tersebut dibuat tanpa gantirugi.

Ada alasan lain tak Khalid ni nak bagi selain dari tweet mengatakan jika tiada penambahan prasarana dibuat maka tanah tersebut akan dirampas?

Lagi satu kenapa perlu bawa kumpulan dari Chinese Chambers untuk pergi ke pusat GIAT MARA tersebut? Apa motif dan tujuannya? 

Adakah mereka (kerajaan Selangor) akan memberikan tanah tersebut kepada Chinese Chambers untuk didirikan babgunan atau menduduki bangunan sedia ada atau menjadi orang tengah kepada mana mana pihak yang akan memajukan kawasan tersebut tanpa memikirkan itu adalah pusat pembelajaran?

Kerakusan Kerajaan Selangor ini nampaknya makin menjadi jadi setelah mereka menang bagi penggal ke dua pilihanraya di Selangor dan hak anak anak Selangor sendiri untuk menuntut ilmu dinafikan.

Penipuan demi penipuan dilakukan oleh Khalid dan gerombolannya dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat di Selangor. 

Sangkakala yakin dan percaya sekiranya ada penambah baikan atau penambahan prasarana, tanah ini akan tetap dirampas kerana alasan yang akan diberi ialah yidak mengikut kehendak kerajaan negeri sedangkan kerajaan negeri sendiri tidak memberikan apa apa garis panduan untuk perlaksanaan atau peningkatan tersebut.

Sudah sudah la Khalid, jangan asyik nak menipu rakyat Selangor ni dengan akaun media sosial yang ada sebab jelas terbukti bahawa penafian boleh dibuat dengan mengatakan bahawa akaun tersebut telah digodam oleh orang UMNO dan itu adalah alasan yang paling selamat boleh dikemukakan oleh si GAGAP ni.



Tiada ulasan: