Ahad, 26 Januari 2014

BARU KELUAR ARTIKEL DAH ADA YANG MELOMPAT ??? ADA APA APA KE ???

Kahkahkah..baru je Sangkakala baca artikel dalam blog Tun Faisal, tetiba je dah ada yang melompat sakan sebab nak mempertahankan bahawa kerajaan Kedah membela nasib rakan rakan blogger Sangkakala dalam Team Media Kedah.

Rupanya yang membela ni pula seorang ketua Jurutera yang gajinya mencecah belasan ribu ringgit sebulan, patut le tak terasa kalau tak terima apa apa imbuhan sekalipun.

Maksud Tun Faisal dalam artikelnya (DISINI) ialah ada diantara rakan rakan blogger ni yang terpaksa mencari makan dengan cara sendiri sedangkan dulu mereka ini dijanjikan dengan pelbagai perkara.


Sampai ada yang melepaskan jawatan di Kuala Lumpur semata mata untuk membantu Barisan Nasional di Kedah dalam usaha merampas balik negeri tersebut dan yang meletakkan jawatan ni pulaj telah dijanjikan dengan pelbagai janji janji manis namun hingga sekarang ada dikalangan blogger blogger ini terpaksa menyara diri dengan tanpa apa apa bantuan.

Kalau Barisan Nasional Kedah khususnya UMNO Kedah sudah ada hasrat atau niat atau apa juga cara untuk membantu blogger blogger ni alhamdulillah le.

Sampai nak kata ketua cawangan pun tak mengharap apa apa dan berjuang yanpa imbuhan nampaknya jurutera ni telah tersalah tafsir tentang penulisan yang dibuat.

Ketua cawangan dah pasti le kena buat kerja tanpa mengharapkan apa apa bantuan bro, kalau nak harapkan imbuhan baik tak payah bertanding jadi ketua cawangan.

Tapi apa yang dijelaskan ialah, blogger blogger yang dimaksudkan telah dijanjikan dengan pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka dan kalau nak di bandingkan dengan ketua cawangan rasanya tak betul sama sekali.

Sebab biasanya ketua caeangan ni bertanding dan tidak ada sesiapa dari pihak kepimpinan yang minta mereka untuk bertanding, jadi jalankanlah tanggungjawab tersebut dengan hati yang terbuka.

Kalau nak harapkan imbuhan juga maknanya perjuangan tersebut todak ikhlas dan lebih baik jangan bertanding sebagai ketua cawangan sebab ketua cawangan ni adalah jawatan sukarela bukan dipaksa.

Sangkakala tidak mengatakan bahwa rakan rakan Sangkakala ni dipaksa untuk menulis didalam blog masing masing tetapi mereka telah diminta untuk membantu dengan dijanjikan pekerjaan dan sebagainya.

Kena faham yang itu dan janganlah bandingkan dengan portal seperti Kedah Times yang kemungkinan besar mendapat pembiayaan daripada kerajaan negeri selama ni.

Apa yang dipersoalkan ialah blogger blogger persendirian atau kecil kecilan yang telah membantu bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kedah.

Jadi disini Sangkakala rasa tak perlu lah nak melompat setinggi gunung bila ada yang mula pertikai keadaan hidup rakan rakan blogger di Kedah sana.

Tapi Sangkakala nak juga buat pertanyaan disini, dimana Kedah Times masa PRK Sungai Limau? Sangkakala tak nampak pun selain daripada blogger blogger yang dimaksudkan oleh Tun Faisal.

Apa yang Sangkakala dengar ialah, ada yang merajuk, sebab apa? Hehehe..sendiri le jawab ye..



Tiada ulasan: